top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Mangsa Banjir Bagai Jatuh Ditimpa Tangga

Oleh : Raihan Rahim

Penyunting : Farah A’lia Manan



Sumber : Utusan.com.my


BANGI, 16 Jan – Mangsa banjir dikatakan bagai jatuh ditimpa tangga oleh kerana banjir besar berlaku pada awal tahun 2021 di kebanyakan negeri ini dikatakan lebih teruk berbanding banjir besar yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya sehingga terdapat kes kematian yang dilaporkan ditambah pula dengan kes COVID-19 yang berlaku di seluruh negara yang kian melonjak naik kini.

Antara negeri-negeri yang mengalami banjir adalah Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu dan Perak. Banjir pada tahun ini dikatakan lebih teruk berbanding banjir besar yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya.

Kes harian COVID-19 kini semakin melonjak naik dan ramai mangsa banjir turut terkesan dengan keadaan pandemik dimana ia juga memberikan kesan buruk terhadap ekonomi dan keadaan ini menjadi peristiwa yang pahit buat mangsa-mangsa banjir ini.

Nadi Bangi sempat menemu bual beberapa mangsa banjir di Raub, Pahang.

Nordin Shamsuddin, 50 tahun merupakan seorang peniaga barangan runcit meluahkan rasa sedih dengan banjir yang melanda di negeri tersebut.

“Banjir kali ini paling teruk yang pernah saya alami sebab sebelum ni saya tak pernah naik ke atas bumbung, tahun ni saya terpaksa naik ke atas bumbung dan sempat selamatkan barang yang penting saja. Barang yang lain memang tak dapat diselamatkan. Penat nak mengemas balik rumah selepas air sudah mula surut ni Allah je tahu

“Ketika banjir ni, sangat menjejaskan pendapatan saya sebab saya meniaga di kedai runcit, jadi bila dah banjir teruk ni kebanyakkan barang kat kedai ke kat rumah ke rosak. Jadi macam mana nak bagi anak bini makan. Saya memang dah jangkakan sebab tiap tahun banjir tapi tak sangka tahun ni teruk.Saya harap kerajaan dapat buat sesuatu untuk menangani masalah banjir ni,” katanya.

Banjir yang melanda di beberapa negeri di Malaysia ini sangat memberi kesan kepada pelajar-pelajar yang menjalani kelas secara atas talian.

Nadi Bangi juga menemu bual seorang mangsa banjir yang juga merupakan pelajar sepenuh masa di universiti awam, Afiqah Nordin, 21, meluahkan rasa sedihnya terhadap banjir yang berlaku di Raub, Pahang itu.

“Banjir kalini amat mencabar buat saya sebab bukan je dengan COVID-19 yang melanda negara ni tapi kena hadap banjir pula. Jadi bagi saya agak susah sedikit untuk menghadiri kelas atau exam secara online sebab yelah elektrik terputus sotiada elektrik di kampung saya

“Walaupun banjir kalini mencabar bagi saya, saya sangat bersyukur dengan ada keluarga, kawan-kawan yang bantu untuk memberi info mana yang saya terlepas dan juga pensyarah yang sangat memahami saya ketika ini,” ujarnya.

Terdapat juga mangsa yang mengalami banjir kecil oleh kerana hujan lebat tidak berhenti untuk beberapa hari kerana rumahnya yang berdekatan dengan longkang.

Haliza, 17, berkata “ Banjir kecil yang saya alami di Segambut Dalam ni walau paras buku lali sahaja, tapi still la karpet, peti ais ada juga dimasuki air saya tak boleh bayangkan kalau rumah saya ditenggelami air macam mangsa banjir di negeri yang lain. Saya amat simpati dengan mangsa banjir yang terlibat. Semoga mereka tabah dengan ujian yang melanda. Macam saya ni tak ada lah teruk sangat sebab kalau diikutkan banjir kecil je tapi nak kemas rumah selepas air surut tu nak menangis rasa,” katanya.

Mangsa banjir kini dalam proses mengemas dan membasuh semula rumah yang dipenuhi dengan lumpur selepas air sudah mula surut oleh kerana banjir teruk yang melanda di negeri-negeri tersebut.

79 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page