top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pelajar MENTION Hasilkan Video Dokumenteri Bertaraf Antarabangsa

Updated: Dec 19, 2023

Penulis: Ali Zaki

Penyunting: Izzah Tarmezi


Sumber foto: Ali Zaki


BANGI, 12 Dis - Sebuah kelab Mahasiswa Komunikasi Media (MENTION) bernaung dibawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UniversitI Kebangsaan Malaysia telah menjalankan penggambaran dokumenteri (Road to Oscar) yang pertama bertaraf antarabangsa berlokasi di Yogyakarta, Indonesia dengan kerjasama pihak  Ilmu Komunikasi (ILKOM) Universitas Negeri Yogyakarta (UNY).


Penggambaran dokumentari ini sebenarnya dijalankan atas faktor Memorandum Persefahaman (MoU) diantara pihak MENTION dan ILKOM yang juga dikenali sebagai Rhythm of Nusantara (RHYSANTARA) selama seminggu bermula dari 3 hingga 9 Disember 2023. Seramai 21 peserta dan 4 pensyarah pengiring mengikuti projek dengan berbekalkan 20 ribu sahaja.


Menurut Ketua Pengarah Projek RHYSANTARA, Nurul Izzah Tarmezi, 23, berkata tujuan utama penggambaran dokumenteri ini dijalankan untuk memenuhi MoU yang telah dipersetujui bersama pihak MENTION dan ILKOM, ia juga menjadi sebuah batu loncatan kepada kelab MENTION untuk menghasilkan sebuah video dokumentari Road to Oscar pertama yang bertaraf antarabangsa untuk dipertandingkan ke peringkat antarabangsa. 


“Selain memenuhi MoU, saya merasakan ia merupakan sebuah batu loncatan kepada kelab MENTION itu sendiri untuk menghasilkan video dokumenteri yang gah kerana memiliki kualiti seakan bertaraf antarabangsa. Disamping, menjadikan ia sebagai sebuah video yang akan dipertandingkan ke peringkat yang lebih tinggi”, katanya.


Menurut Penasihat Program RHYSANTARA, Prof. Madya Dr. Mohd Nor Shahizan, Pensyarah Universiti, Pusat Kajian Media & Komunikasi (MENTION) berkata, “Selain mengejar objektif utama MoU RHYSANTARA, saya rasa ini adalah salah satu usaha Kelab MENTION untuk menunjuk keupayaan mereka sebagai pelajar media komunikasi terutama sekali dalam bidang produksi dalam menghasilkan dokumentari bertarafkan antrabangsa,” katanya,


Tambahan itu, juga berkata pemilihan Yogyakarta sebagai lokasi utama penggambaran ini kerana  penuh dengan panorama hijau, peninggalan sejarah dan kepelbagaian budaya yang boleh diterapkan dan dipersembahkan kepada masyarakat luar melalui dokumentari ini agar lebih cakna dengan keindahan alam nusantara yang dimiliki. Ini  bersesuaian dengan Rhysantara yang membawa maksud irama nusantara.


“Yogyakarta merupakan bandar lama yang terkenal dengan kesenian dan budaya jawa, ia juga terkenal dengan peninggalan sejarah seperti Candi Borobudur, Candi Plaosan, Hutan Pinus, Gunung Merapi dan banyak lagi. Perkara ini sesuai dijadikan lokasi penggambaran kerana bersesuaian dengan tema dokumentari Rhysantara iaitu irama nusantara”, ulasnya.


Dalam pada itu, menurut Ketua Produksi Projek Rhysantara, Ali Imran Zaki, 25, berkata video Road to Oscar ini akan dinamakan sebagai ‘Rumah’ kerana terinspirasi daripada dirinya yang baru sahaja pulang dari Bromo di daerah Jawa Timur Surabaya pada Jun lalu. Daripada pengalaman tersebut, dia tidak rasa janggal untuk tinggal bersama penduduk setempat khususnya warga Indonesia kerana makanan dan budaya seakan sama dengan Malaysia.


“Dokumentari ini dinamakan sebagai Rumah, lepas saya pulang dari Bromo di daerah Jawa Timur Surabaya. Saya rasa dekat dengan mereka dan tak rasa asing tinggal sekali dengannya. Makanan yang seakan sama, budaya yang akan sama, berkongsi kiblat yang sama menyebabkan Malaysia dan Indonesia itu serumpun dan rumah kepada kita yang bernyawa. Ini menjadikan inspirasi untuk memotretkan ia dalam video Road to Oscar”, katanya.


Disamping itu, dia juga menyatakan bahawa di dalam video ‘Rumah’ ini telah menggunakan talent yang terdiri daripada pelajar MENTION dan ILKOM bagi merapatkan lagi kerjasama kedua belah pihak. Penggunaan lagu dan tarian daripada kedua-kedua negara ini juga akan diletakkan bagi menghubungkan budaya melalui video tersebut.


"Saya menggunakan talent dari MENTION dan ILKOM bagi merapatkan lagi hubungan antara mereka. Seperti Imran sebagai pelakon utama dan Aisyah menjadi penari yang dapat menghubungkan budaya mereka", ujarnya.


Tambahan itu, antara cabaran utama penghasilan dokumentari menurut dia adalah cuaca. Hal ini kerana, kebanyakan lokasi penggambaran adalah di kawasan terbuka yang memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. Walau bagaimanapun, Yogyakarta kini berada di musim tengkujuh membuatkan ia sebagai cabaran bagi mereka sepasukan untuk melalakukan aktiviti penggambaran pada waktu ini.


"Bagi saya cuaca merupakan cabaran bagi saya kerana perlu membuat penggambaran secara terbuka. Dan kami perlukan cahaya matahari sepenuhnya. Tapi sekarang dapat lihat musim tengkujuh dan ia cabaran bagi saya sepasukan", katanya lagi.



51 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page