top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Misteri Suara Rintihan Dalam Video ‘Lathi Challenge’

Oleh: Syakila Hidayu Suhaimi Penyunting: Nurul Ain Samad

Sumber:Tiktok

Alam maya dihebohkan dengan video #LathiChallenge yang dihasilkan oleh seorang pengguna TikTok, @friscatinevaaa apabila menjadi bualan warganet di Twitter baru-baru ini kerana kedengaran suara kecil yang merintih dalam video tersebut. Wanita berambut pendek yang berasal dari Indonesia itu pada awalnya kelihatan seperti dirasuk kerana berkelakuan tidak tentu arah dan bertindak mengelar tangannya sendiri serta menjilat darah tersebut. Kemudian dia bertukar menjadi seorang wanita yang sangat menakutkan. Nadi Bangi memetik komen yang dilontarkan oleh wanita itu dalam video penjelasannya berkenaan suara rintihan misteri tersebut. Setelah mengamati video Lathi yang lain baru dia tersedar bahawa ternyata suara rintihan itu hanya ada pada video miliknya sahaja. “Pada awalnya saya ingat bunyi itu memang daripada lagu asal tetapi setelah melihat video Lathi yang lain, bunyi itu hanya ada pada video saya sahaja padahal semasa membuat video tersebut tidak ada orang lain bersama saya dan saya menggunakan video tanpa suara. “Akhirnya, saya tanya beberapa orang kawan saya dan mereka juga dengar suara perempuan merintih tapi suaranya agak halus dan hampir tidak kedengaran,” katanya. Frisca turut menjelaskan bahawa dia memuat naik video tersebut dengan tujuan ingin berkongsi sahaja dan tidak ada niat sama sekali untuk menakutkan orang ramai. Video yang berdurasi 56 saat itu pada mulanya dihapuskan oleh Tiktok, tetapi dimuatnaik semula olehnya dan mendapat lebih daripada 2 juta tontonan. #LathiChallenge diperkenalkan apabila seorang beauty vlogger dari Indonesia, Jharna Bhagwani diminta oleh peminatnya untuk membuat lip sync challenge menggunakan lagu Lathi nyanyian Sara Fajira. Video yang dimuatnaik di Instagram miliknya itu mendapat sambutan orang ramai dengan jumlah tontonan hampir mencecah 11 juta. #LathiChallenge tular di serata Asia dan menjadi ikutan orang ramai termasuklah pelakon tanah air, Mawar Rashid yang tidak ketinggalan untuk menghasilkan video tersebut dengan mengetengahkan unsur Thai.

30 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page