top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Peminat Tak Sabar Tunggu Attack On Titan Musim Akhir!

Oleh : Anis Shafeera

Penyunting : Nabilah Abdul Rahman


Sumber : Google
Sumber : Google

BANGI, 27 Nov - Anime bersiri Jepun Attack on Titan: The Final Season musim keempat, bakal disiarkan secara rasmi di NHK General TV dan tayangan perdana pada 7 Disember 2020 ini.


Attack on Titan yang merupakan susunan anime dari siri Manga Jepun itu telah menjadi satu fenomena anime yang paling disukai sejak awal siri itu disiarkan. Siri ini mempunyai tiga musim yang telah berjaya dilancarkan dan berjaya meraih rating siri animasi paling banyak ditonton. Animasi Jepun ini dikatakan akan berakhir dan menjadikan peminat sama-sama gembira kerana melihat apa yang berlaku dan juga sedih pada masa yang sama kerana siri ini akan berakhir.


Hajime Isayama, pencipta siri ini mengatakan bahawa “hanya tinggal sekitar 1% manga, yang dijangka akan dilancarkan pada waktu yang hampir sama dengan musim keempat”.


Nadi Bangi telah memetik komen seorang pengguna Twitter iaitu @ isabellalevano.“Tidak mungkin! Saya baru tahu yang Attack On Titan musim 4 akan dilancarkan dalam 16 hari ??? sekurang-kurangnya saya tidak perlu menunggu lama untuk terus menontonnya!”


Selepas anime musim pertama yang dikeluarkan pada tahun 2013, tarikh tersebut pula terlalu dekat dengan tarikh keluaran manga untuk melancarkan anime episod baharu. Akibatnya, peminat terpaksa menunggu empat tahun untuk musim kedua yang hanya mempunyai dua belas episod. Musim ketiga dilancarkan setahun setelah musim kedua berakhir. Musim 3 pula berakhir pada bulan Julai dan peminat telah menunggu sekitar satu tahun setengah untuk Musim 4 yang akan dilancarkan pada 7 Disember ini. Akhirnya Musim 4 akan tiba hanya dalam beberapa minggu sahaja lagi.


Sejak musim ketiga berakhir, para peminat telah menunggu dengan penuh semangat untuk mendengar khabar baik mengenai musim keempat siri ini. Pada masa ini, para peminat teruja mengenai pengeluaran episod yang akan datang dan menerima “trailer” yang memperkenalkan watak baru, pengaturan, dan banyak lagi.


Menurut pengguna Twitter bernama @byakhoegan “Seperti tidak percaya! Kami akan menyaksikan kemuncaknya dalam masa kurang dari 3 minggu sahaja!”


Seorang lagi pengguna Twitter yang juga peminat setia siri ini mengatakan “Saya tidak dapat menahan kegembiraan dan kebimbangan saya untuk Attack on Titan Season 4. Saya telah memeriksa dan mengemas kini, forum dan perbincangan mengenainya secara berkala. Saya juga mengikuti siri ini dengan manga, saya diberitahu mengenai kakitangan utama dan pekerjaan mereka sebelumnya, dan saya telah melihat PV seribu kali. Sungguh tidak sabar!”


Peminat siri manga aksi ini masing-masing berasa teruja dan berharap musim terakhir ini tidak akan mengecewakan mereka.

69 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page