• Nadi Bangi

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Sehingga Enam Bulan

Wartawan: Amy Ting

Penyunting: Yazlin Farina Yahaya

Sumber: NSTP/Nadirah Zakariya/Bloomberg


Sejak kebelakangan ini penularan wabak Covid-19 yang mengancam nyawa telah menimbulkan keresahan dari segi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Wabak ini turut mengugut beberapa nyawa di Malaysia. Oleh demikian, Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan ini, orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas. Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan juga menimbulkan keresahan rakyat dari segi kewangan. Hal ini disebabkan penularan wabak ini telah menyebabkan orang ramai kehilangan peluang bekerja untuk mendapat rezeki menampung kos sara hidup ahli keluarga. Oleh itu, penangguhan bayaran balik pinjaman bank atau lebih dikenali sebagai Moratorium telah ditawarkan bertujuan meringankan beban peminjam yang terjejas akibat PKP.

Pelanggan bank, termasuk pelanggan persendirian dan perniagaan kecil dan sederhana akan dibenarkan menangguh pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka untuk enam bulan. Penangguhan ini bersifat automatik dan terpakai kepada semua hutang termasuk pinjaman perumahan dan kereta. Dengan menurut kenyataan media perdana menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiada sebarang caj, penalti atau denda akan dikenakan sepanjang proses Moratorium. Bagi kemudahan kad kredit pula, beliau berkata, institusi perbankan akan menawarkan untuk menukar baki tertunggak kepada pinjaman berjangka selama tiga tahun dengan mengurangkan kadar faedah bagi membantu peminjam mengurus hutang mereka dengan lebih baik.

Menurut pengumuman perdana menteri pada 25 Mac, PKP ini akan terus dilanjutkan sehingga 14 April. Jadi persoalan di sini, adakah tempoh penangguhan bayaran bank akan dipanjang lagi sehingga wabak ini dapat dirawat sepenuhnya? Apakah yang boleh dilakukan oleh rakyat untuk memastikan mempunyai pendapatan tetap jika wabak ini masih menular? Oleh itu, setiap lapisan masyarakat haruslah menggemblengkan tenaga dengan bekerjasama untuk mengatasi masalah ini demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

5 views0 comments

Related Posts

See All