top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pendakwah Selebriti Didakwa Merogol

Oleh : Sarah Marini

Penyunting : Ain Arifah

Sumber : Berita Harian


KUALA LUMPUR, 1 Dis — Media sosial digemparkan dengan perkhabaran tentang seorang individu lelaki yang dikenali sebagai ‘pendakwah selebriti’ negara ini yang telah ditahan atas beberapa tuduhan merogol baru-baru ini.


Individu tersebut yang pada mulanya telah didedahkan oleh seorang pengguna Twitter kerana telah mengambil kesempatan keatas rakannya beberapa minggu yang lepas. Namun, pendakwah selebriti tersebut telah mengambil keputusan untuk melaporkan hal tersebut kepada pihak polis dengan mengatakan bahawa dia telah difitnah dan apa yang diperkatakan oleh pengguna Twitter tersebut adalah tidak benar.


Walau bagaimanapun, beberapa wanita telah berjaya memberanikan diri mereka dengan menyuarakan dan membuat laporan keatas pendakwah tersebut yang ternyata telah mengambil kesempatan keatas mereka dengan menggunakan ‘sesi berdakwah secara personal’ sebagai umpan.


Suspek telah direman pada minggu lepas dan sepatutnya tempoh reman akan tamat pada 1 Disember, namun tempoh tahanan tersebut telah disambung kerana beberapa laporan baharu diterima.


Dipetik dari akhbar harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, telah mengatakan bahawa pihak beliau telah menerima lima lagi laporan berkaitan kes tersebut di Shah Alam dan satu di Petaling Jaya.


“Siasatan dilakukan terhadap pemerkosaan, 354 KK (cabul), 377C KK (seks luar tabii) dan 323 KK (kecederaan) mengikut Seksyen 376 Kanun Jenayah,” kata Datuk Fadzil.


“Polis meminta wanita lain yang menjadi mangsa untuk berani menampilkan diri membuat laporan kepada polis,” katanya lagi.


Nadi Bangi sempat meninjau beberapa komen daripada warga netizen lebih-lebih lagi di laman Twitter, ramai telah menyatakan pendapat masing-masing mengenai hal yang sedang hangat diperkatakan ini dan mereka turut membuktikan perasaan kecewa dan marah terhadap pendakwah yang juga dikenali sebagai penyanyi tersebut.


“Dengan apa yang berlaku kepada Da’i Syed, saya lebih memandang rendah kepada golongan mereka. Maksud saya, mereka bukan ustaz, mereka hanya mendapat gelaran “Da’i” tersebut dengan menyertai program TV,” kata pengguna Twitter @fitrhighness.


“Da’i Syed pernah contact I, and I guess I believe your story,” kata pengguna Twitter @ftnsyznaa.


Namun begitu, masih terdapat segelintir pihak yang masih menyokong pendakwah selebriti tersebut dengan mengatakan bahawa mereka yakin individu tersebut hanya difitnah dan dianiaya.


Difahamkan suspek merupakan seorang peserta rancangan realiti keagamaan pada tahun 2016 dan telah mengembangkan kariernya dengan menjadi seorang penyanyi dan pelakon.

31 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page