top of page
  • Writer's pictureNur Aiman Syahmi Zainuddin

Penjualan Tiket Konsert Nicole Palsu di Twitter

Updated: Dec 21, 2022

Penulis: Aiman Syahmi Zainuddin

Penyunting: Yusry Haiqal Yusof

Contoh tiket konsert yang dijual oleh pemangsa

Sumber Foto: Twitter


KUALA LUMPUR, 9 Dis- Telah berlaku penjualan tiket palsu konsert penyanyi Niki Zenfaya yang tular di Twitter baru-baru ini.


Pada hari Jumaat malam, penyanyi asal dari Indonesia telah mengadakan konsert di Zeqq, Lalaport, Kuala Lumpur.


Nadi Bangi sempat menemu ramah beberapa orang mangsa antarnya, Amira, 26, yang terlibat dalam penipuan sindiket tiket palsu.


Beliau telah mendapatkan maklumat berkenaan tiket tersebut melalui akaun Twitter bernama @pepegaenjoyer.


“Saya berkomunikasi dengan dia melalui mesej di Twitter dan melaksanakan pembelian secara atas talian lalu menerima tiket tersebut melalui email.


“Sewaktu saya di kaunter pendaftaran, saya dapat tahu tiket tersebut palsu kerana di kaunter pelepasan, tiket yang saya gunakan tidak dapat di semak”, kata Amira.


Amira cuba untuk berhubung bersama pemangsa tetapi pemangsa dikatakan bertindak menghilangkan diri sejurus tiket palsu tersebut di hantar melalui email.


“Saya gagal berhubung dengan dia kerana akaun Twitter yang dia gunakan tidak lagi berfungsi.


“Malahan saya dapat tahu dia tidak menggunakan hanya satu akaun, berita dari rakan lain, dia juga menggunakan akaun Twitter yang pelbagai bagi mencari mangsa yang lain”, kongsinya.


Anish, 28, juga salah seorang mangsa penipuan sindiket tiket palsu konsert meluahkan rasa kecewa apabila mendapati tiket yang digunakan juga tidak dapat disemak di kaunter pelepasan.


“Saya mendapatkan tiket tersebut melalui #NikiinKL di Twitter, dimana, pengguna yang memuat naik tweet tersebut bernama @pepegaenjoyer.


“Individu yang menjualkan tiket tersebut nampak telus apabila dia menunjukkan sekali pembuktian yang dia membeli tiket tersebut.


“Sewaktu saya menunggu di luar barisan kaunter masuk, saya mendapati hampir lebih 10 orang bersama-sama saya di tepi kaunter dan mereka semua menunjukkan tiket yang diterima merupakan tiket yang sama iaitu pemegang tiket palsu bernama Ng Wai Chuan,” kata Anish.


Harga yang dikenakan oleh pemangsa kepada pembeli ialah RM300 hingga 320 berbanding dengan harga tiket biasa yang cuma RM289.


Tindakan yang telah dilakukan oleh mangsa-mangsa ialah melaporkan kepada pihak polis di balai polis berdekatan iaitu Balai Polis Pudu.


Setelah itu, mangsa telah membuka kes siasatan di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi untuk menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis bahagian komersial bagi mengesan kes jenayah penipuan tiket palsu.




50 views0 comments

Related Posts

See All

Restaurant DA TANG WEI DAO Closed Due to Explosion

By Wang Jiaqi Edited by Su Ling (The door was sealed after the accident. Source: photo Wang Jiaqi) SRI PETALING, 18 Apr - In the early morning of April 18, the Chinese restaurant Da Tang Wei Dao sudde

Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page