top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Penyalahgunaan Parkir Kereta OKU di C-Mart Cetus Pertikaian

Penulis : Nur Najwa ‘Awatif Taufek  

Penyunting : Nurul Halida Norniza



Sumber Foto: Padang Serai Community  


PADANG SERAI, 12 Dis - Masalah penyalahgunaan tempat letak kereta Orang Kelainan Upaya (OKU) di C-MART Mall Serai Wangi mencetuskan pertikaian antara penduduk di kawasan itu berikutan tindakan masyarakat yang tidak bertanggungjawab. 

 

C-mart merupakan supermarket dan pusat membeli belah yang sangat popular di kalangan penduduk kawasan sekitar Padang Serai. Selain menjadi tempat tumpuan utama penduduk di situ, C-mart turut mempunyai beberapa cawangan yang terletak di arah utara antaranya Jitra, Arau, Changlun, Padang Serai, Alor Setar,Nibong Tebal, Kangar, Simpang Ampat, Penang,Sungai Petani, Keda.


Masalah yang dialami oleh penduduk disitu ialah masalah tempat letak kereta menjadi terhad apabila tempat parkir kereta telah diambil oleh peniaga untuk menjalankan penjualan semperna festival Food Republic Nostalgia Kampung Kita yang bermula pada 21 Disember sehingga 25 Disember 2023. 


Menurut salah seorang penduduk kawasan tersebut, Emma Fateema telah meluahkan perasaan tidak puas hati atas tindakan pihak penganjur kerana memilih tempat letak kenderaan sebagai tapak penjualan makanan ketika ditemu bual.


“Bukan masalah OKU ke tak. Masalah kenapa nak meniaga di tempat parkir. Tanah depan tu punya luas kenapa tidak buat dekat situ, nak juga buat dekat tempat parkir. Pastu bila orang parkir tempat OKU dah banyak bunyi pula. Hari tu ok ja karnival makanan buat kat tapak terbuka tu. Orang pun selesa nak pergi. 


“Sekarang ni bukan salahkan peniaga tapi pihak pengajur. Peniaga nak berniaga kita support tapi kalau dah tapak meniaga tu di tempat parkir agak-agak berapa banyak sambutannya nanti. Kesian juga dekat peniaga. Penganjur kena fikir la semua tu sebab tempat parkir tu bukan tempat orang awam saja, staf dalam C-Mart pun parkir dekat situ juga,” katanya. 

 

Selain itu , Syazwani juga turut meluahkan perasaan sebagai penduduk di situ, dia menyatakan pelbagai persoalan mengapakah pihak C-mart atau penganjur festival ini memilih tempat parkir kereta menjadi tempat penjualan makanan untuk para peniaga sedangkan di kawasan itu mempunyai ruang yang luas untuk berniaga. 


“Habis yang kosong lapang tu untuk apa? Situ buat parkir kereta ka? Orang kita ini mana ada kosong dia sumbat ja. Tak kira ada OKU atau tak. Janji pelepas diri untuk parkir kereta sudah. Tentang orang lain dah malas ambil tidak kisah,” katanya ketika ditemu bual. 


Manakala menerusi akaun Facebook, Farid, meluahkan sikap kurang puas hati kerana perkara ini telah menyukarkan dia untuk mencari tempat parkir dan menyebabkan dia mengambil masa yang lama untuk membeli barang di pasaraya tersebut.


Selain itu, Shafiq Hakimi turut memberi komen dan menyatakan sikapnya yang kecewaan kepada pihak telah memilih tempat parkir sebagai tapak festival makanan yang bakal berlangsung ini dan tidak peduli terhadap OKU untuk parkir kereta di pasaraya ini.


“Hat kita ini tak apa lah kalau parking jauh boleh gagah jalan kaki lagi sbb alhamdulillah sihat. Hat yang OKU tu kesian kt depa.Sia-sia jalah tapak kosong tu buat elok-elok dan siap letak tar. Payah orang yang pentingkan duit lagi daripada orang kelainan upaya ini”,katanya


“Kenapa tak buat dekat tapak kosong?. Baru letak tar kot. Bukan semua orang nak pergi festival tu. Ada orang lain nak pergi C-Mart nak beli barang rumah saja, menurut pengguna akaun Facebook Omar Rodriguez.


Di samping itu, penduduk setempat, juga menyuarakan rasa ketidakpuasan hati terhadap tindakan yang hanya memviralkan orang bukan OKU parkir di tempat parkir OKU sahaja, manakala para peniaga yang berniaga di tempat parkir kereta mendapat perhatian yang sama 


Isu penyalahgunaan tempat parkir kereta OKU ini ,telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk kawasan itu. Tindakan ini dinilai menyusahkan warga OKU dalam mencari tempat  parkir yang berdekatan dengan pintu masuk C-mart yang sepatutnya  memudahkan warga OKU ini membeli barangan rumah dan memasukan pembelian barang kedalam kereta dengan lebih mudah.

19 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page