top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

PERANG PERDAGANGAN CHINA-AS DICETUSKAN

Penulis : Chew En Ru

Penyunting: Poovaneaswary Manoharan


Sumber : Sputnik News

Selepas kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan senarai hitam dari Huawei, pihak Google sedang menimbang untuk menggantung beberapa perkhidmatan untuk telefon pintar Huawei. Langkah ini bermakna bahawa telefon bimbit dan tablet Huawei akan mengalami tamparan hebat di pasaran luar negara.


Sekatan pelbagai pihak terhadap Huawei

Dilaporkan bahawa pembekal Amerika Syarikat penting Huawei, termasuk Qualcomm dan Xilinx, telah mengumumkan bahawa mereka akan segera berhenti membekalkan produk kepada Huawei. Google, pada masa yang sama mengumumkan bahawa ia tidak akan lagi menggunakan beberapa perkhidmatan dan aplikasi Android tertentu untuk peranti Huawei.


Pengguna yang membeli telefon bimbit terbaharu Huawei tidak akan mempunyai akses kepada Gmail, Google Maps dan aplikasi Google lain. Oleh itu, mereka kini tersekat dengan versi aplikasi yang ada sekarang, hal ini timbul masalah dengan pengemaskinian yang hanya boleh dilakukan oleh Google melalui Play Store. Hal ini menyebabkan pengguna Huawei menghadapi pelbagai masalah keselamatan kerana tidak memperoleh perkhidmatan kemas kini daripada Google.


Ketidakupayaan pengguna Huawei untuk mengemaskini aplikasi telefon bimbit menjadi suatu isu yang serius kerana ia akan ketinggalan zaman dan mudah diserang virus, kata Ketua Pegawai Pegawai Eksekutif (CEO) firma keselamatan siber Edgescan, Eoin Keary.


Disenaraihitamkan oleh AS

Avi Greengart, penganalisis teknikal di Techsponential, berkata: "Huawei boleh memintas Qualcomm dengan menghasilkan satu siri pemproses dan penghala sendiri. Tetapi jika tanpa sistem operasi Android, gedung Google Play dan perisian dan perkhidmatan keselamatan lain, maka Huawei tidak dapat menjual telefon pintar di luar China."


Pendekatan syarikat yang disebut di atas adalah berdasarkan kepada keputusan kerajaan AS, Donald Trump menarik syarikat tersebut dalam "senarai hitam" berdasarkan kebimbangan keselamatan mengenai Huawei dan mengeluarkan arahan larangan bekerjasama untuk syarikat AS lain yang berhubungan dengan Huawei.


Mengikut keputusan ini, jika syarikat AS ingin menyediakan teknologi kepada Huawei pada masa akan datang, ia harus mengemukakan permohonan kepada pemerintah terlebih dahulu. Pakar mengatakan bahawa secara umum, kerajaan tidak akan meluluskan permohonan sedemikian.


Pertelingkahan China-AS

Pertelingkahan antara Huawei dengan AS telah berlanjutan sejak suatu ketika yang lalu. AS dan beberapa negara lain menuduh Huawei yang disyaki menggunakan rangkaian 5G jalur lebar miliknya untuk mengintip bagi pihak kerajaan China. (Utusan Online).


Agensi Perisikan Pusat (CIA) mempunyai bukti bahawa Huawei ‘menerima bantuan daripada beberapa cawangan organisasi keselamatan China’. Dikongsi bersama rakan sekutunya, United Kingdom (UK), menekankan bahawa negara mereka tidak menggunakan rangkaian 5G Huawei. Perdana Menteri, Theresa May kemudian memilih Huawei sebagai sebahagian daripada rangkaian telefon bimbit terpantas 5G di negaranya.


Huawei bersungguh-sungguh menafikan tuduhan mengintip malah bersedia untuk menandatangani perjanjian `tiada pengintip’ dengan kerajaan-kerajaan luar seperti UK untuk meredakan kebimbangan dan membuka lebih banyak peluang perniagaan.


Persaingan Antara Huawei, Apple dan Samsung

Sebagai pembekal telefon pintar yang berkembang pesat di dunia, Kedudukan Huawei telah melepasi Apple dan kedudukannya kedua selepas Samsung. Perniagaan telefon pintar tidak tersenarai berasingan dalam penyata operasi Huawei, tetapi perniagaan elektronik pengguna, termasuk telefon bimbit, tablet dan produk lain, menyumbang 48% daripada jumlah pendapatannya sebanyak $ 107 bilion tahun lepas. (DW news)


Memandangkan dasar yang ditetapkan kerajaan AS, telefon bimbit Huawei pada dasarnya telah hilang dari pasaran AS. Tetapi di China dan Eropah, Huawei adalah jenama telefon bimbit yang paling pesat berkembang dengan 35% dan 20% bahagian pasaran masing-masing.


Tekanan AS mungkin tidak menjejaskan jualan Huawei di China, dan pasaran China tidak dapat memperoleh perkhidmatan Google. Tetapi pasaran lain di seluruh dunia, rancangan pengembangan Huawei yang bercita-cita tinggi mungkin mengalami masalah besar.


Penganalisis saham teknologi bebas Richard Windsor memberitahu Voice of Germany: "Telefon bimbit Huawei tidak begitu berbeza dengan jenama lain. Oleh itu, kekosongan pasaran Huawei tidak lama lagi akan diganti oleh telefon bimbit lain. Jenama diganti, dan telefon bimbit Samsung adalah yang paling mungkin mengisi kekosongan pasaran tersebut."

"Pengeluaran Huawei dari industri bermakna kehilangan pesaing terbesar bagi Samsung. Ini juga bermakna bahagian pasaran dan penjualan Samsung akan dipulihkan dan keuntungan akan meningkat."


Selepas Google mengumumkan bahawa ia akan menghentikan kerjasama dengan Huawei, stok Samsung melonjak 4% dalam pasaran dagangan Korea. (Canalys Smartphone Analysis, May 2019)

Dalam pada itu, China boleh bertindak balas dengan menyasarkan syarikat AS yang beroperasi di negaranya seperti Apple yang bergantung kepada pengeluar China dan kemungkinan terpaksa berpindah kepada pembekal lain sekali gus menyaksikan peningkatan harga iPhone. (Utusan Online)


Sementara itu, ekoran keputusan sekatan itu yang menimbulkan huru-hara terhadap urus niaga saham di AS, Trump kemudian mengemukakan penangguhan sekatan selama 90 hari terhadap Huawei dengan alasan memberi `ruang bernafas’ bagi mengelak kekacauan lebih besar.

6 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page