top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Rakyat Gusar Kenaikan Harga Barang Tidak Terkawal Selepas PKP

Penulis: Aina Syahirah Haidil

Penyunting: Amirah Shahirah Sukemi

Sumber: Twitter


BANGI, 23 Nov - Susulan dari kenaikan harga barang yang didakwa berlaku selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), diikuti pula dengan pengumuman kenaikan kadar harga oleh syarikat Eco Shop sebanyak 10 sen secara mengejut telah mengundang kegusaran dalam kalangan orang ramai di media sosial.


Tinjauan Nadi Bangi mendapati selain kenaikan harga barang di Eco Shop, harga bahan mentah dan sayur-sayuran, McDonald yang bertindak meningkatkan harga menu Sundae Cone dari RM1 kepada RM1.80 tanpa ada pengumuman rasmi juga turut menarik perhatian ramai pembeli.


Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader turut mengeluarkan kenyataan rasmi bagi membantah kenaikan harga sayuran sehingga mencecah kadar kenaikan sebanyak 200% dalam tempoh dua minggu.


Berdasarkan kenyataan dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang, antara jenis sayuran yang mencatat kenaikan yang melampau adalah sawi pendek yang dijual dengan harga RM3 melonjak naik kepada RM9 sekaligus mencatat kadar kenaikan sebanyak 200%, Brokoli dengan harga RM8 per kg kini dijual dengan harga RM 20 per kg iaitu sebanyak 150% dan kacang buncis dari RM8 meningkat kepada RM15 iaitu sebanyak 88%.


Menurut perkongsian yang dibuat oleh Atiq Zaim, 29, di laman Twitter, beliau menyatakan kemarahan terhadap isu ini dan tidak menafikan bahawa kenaikan harga barang adalah salah satu dari kesan ekonomi selepas pandemik Covid-19 yang dapat dilihat.


“Ayam naik harga, Eco Shop juga naik harga. Sekarang telur ayam sepapan dari RM7.90 meningkat lagi menjadi RM10 ada tempat dah hampir mencecah RM12.50! Eco Shop pun umum kenaikan harga. Naik 10 sen untuk setiap barang bersamaan dengan 4.8% kadar kenaikan.”


“Saya terkejut apabila selepas saya membeli aiskrim sundae di McDonald, saya anggarkan harganya RM1 termasuk tax, tetapi rupa-rupanya sudah meningkat kepada RM1.80 seumpama saya membayar untuk harga dua buah aiskrim sundae. Menakutkan.” -@mmaoyen.


“Baru minggu lepas beli telur gred C di Tesco dengan harga RM9.50, tiba-tiba beberapa hari lepas dah naik dengan harga RM11.10” kongsi Sophia Rysha di Twitter.


“Harga ayam sekilo RM9 dah sekarang, itu baru ayam belum barang kecil yang lain. Terkejut betul kenapa naik harga sampai macam ini sekali? Mendadak naik, gaji basic pun tak naik macam ni.” - @jyn1s.


Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga turut menyeru Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menyiasat kenaikan harga kerana mereka berpendapat bahawa kenaikan harga barang kini akan menjejaskan golongan yang berpendapat rendah dan pertengahan. Peniaga yang menaikkan harga barangan secara berlebihan juga boleh disabit kesalahan di bawah Akta Pencatutan 2010.


Rakyat juga menyeru agar KPDNHEP dan pihak berkuasa yang terlibat untuk menangani isu ini dengan kadar segera.

55 views0 comments

Related Posts

See All

Restaurant DA TANG WEI DAO Closed Due to Explosion

By Wang Jiaqi Edited by Su Ling (The door was sealed after the accident. Source: photo Wang Jiaqi) SRI PETALING, 18 Apr - In the early morning of April 18, the Chinese restaurant Da Tang Wei Dao sudde

Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page