top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Rakyat Mahu “Total Lockdown 2.0”

Oleh: Rahimi Rahim

Penyunting: Azmi Nordin


Sumber: Akaun Tiktok Azrul Affandi Sobry


BANGI, 16 Mei - Selebriti media sosial Tiktok, Saudara Azrul Affandi Sobry zahirkan pendapat beliau tentang “Total Lockdown” berikutan kes Covid-19 yang kian meningkat naik selepas beberapa hari menyambut Hari Raya Aidilfitri 13 Mei yang lalu.


Dilihat melalui data yang melibatkan kes Covid-19 di Malaysia daripada laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam tempoh seminggu rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri menampakkan tren kes ini menunjukkan peningkatan yang drastik sehinggakan mencapai jumlah 26200 orang yang terkena jangkitan virus ini.


Muncul suara-suara rakyat melalui akaun sosial media peribadi mahupun kumpulan mengeluarkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku pada masa kini. Mereka berharap agar kerajaan memutuskan untuk melakukan total lockdown bagi menangani masalah ini seperti yang dilakukan pada tahun lepas.


Hal ini dapat dilihat daripada video tular di laman sosial Tiktok dan Instagram seorang wartawan iaitu saudara Azrul Affandi Sobry yang menyatakan hasrat dan pendapat beliau berkenaan arahan kerajaan yang mengenakan PKP serta mencadangkan “Total Lockdown” ini dilakukan. Ruang komen beliau juga dibanjiri dengan sokongan daripada pengguna-pengguna platform tersebut yang rata-ratanya mahukan kerajaan mendengar suara mereka. Video tersebut mencapai jumlah 2.4 juta tontonan.


Melalui laman sosial Twitter wujud juga tanda pagar yang dihasilkan oleh pengguna media sosial tersebut menyokong pelaksanaan total lockdown ini. Mereka merapatkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan yang masih tidak melakukan apa yang diinginkan oleh rakyat.


“Saya tahu dan pernah saya cakap kalau total lockdown akan susahkan orang ramai and don’t get me started with the economy but the number is increasing, WE HAVE TO #TotalLockdown” dipetik daripada akaun twitter @dayasalim.


Melihat Kembali satu sidang media yang pernah disiarkan di Astro Awani pada 26 Januari 2021 yang lalu, Menteri Pertahanan Dato’ Sri Ismail Sabri menyifatkan bahawa dengan melakukan total lockdown ini kerajaan harus memikirkan tentang ekonomi dan rakyat itu sendiri.


“Pelbagai reaksi timbul apabila diumumkan PKPB dilaksanakan di seluruh negara, ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju kerana mereka mahukan total lockdown akan tetapi kerajaan perlu memikirkan tentang ekonomi dan rakyat".

226 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page