top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Tumpuan Pelbagai Aspek Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)


Wartawan: Amy Ting

Penyunting: Yazlin Farina Yahaya


Sumber: Malaysia Dateline

KUALA LUMPUR, 5 JUN: Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada golongan masyarakat dalam pelbagai aspek.

Beliau berkata kerajaan akan membantu setiap perniagaan menerusi beberapa langkah dalam usaha mendorong perusahaan mikro dan PKS dengan beralih kepada khidmat digital atau atas talian untuk meringankan beban mereka daripada cara kerja yang tradisional.

"Selaras dengan saranan kerajaan yang menggalakkan majikan terutama industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk melaksanakan konsep bekerja dari rumah, insentif percukaian dan perlindungan insurans akan diberikan.

“Kemudahan skim PEKA B40 akan diperkasakan dengan penambahan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membiayai saringan kesihatan dan kemudahan peralatan perubatan,” katanya.

Elson Tan (29 tahun) berasa amat bersyukur apabila Muhyiddin mengumumkan skim ini kerana ia amat membantu kepada golongan B40 termasuknya.

“Selain itu, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi akan menyediakan perkhidmatan internet dengan kapasiti 1 gigabyte secara percuma untuk semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari untuk melayari laman web berkaitan pendidikan dan aplikasi persidangan video,” kata Muhyiddin.

Angel Leo (17 tahun) berkata amat gembira apabila mendengar berita bahawa kerajaan akan terus memberi perkhidmatan internet percuma kerana dapat membantu dia menjimatkan duit serta dapat menyambung belajar untuk membuat penyediaan menduduki Sijil Pendidikan Menengah (SPM).

“Pemberian perkhidmatan internet percuma dapat membantu dan meningkatkan semangat untuk belajar dalam kalangan pelajar,” kata Joyce Ong selaku seorang guru sekolah menengah kebangsaan.

6 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page