top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Watan Tingkatkan Persiapan Menjelang PRK 2024

Penulis: Ali Zaki 

Penyunting: Izzah Tarmezi


Sumber: Imran Yusof


BANGI, 26 Dis - Parti Politik Mahasiswa Watan Universiti Kebangsaan Malaysia (WATAN UKM) bersiap sedia dalam meningkatkan persiapan menjelang pilihan raya kampus pada sesi 2024. 


Watan UKM merupakan sebuah parti politik yang baru sahaja ditubuhkan pada 31 Disember 2022 untuk mengangkat ageda kewatanan UKM selari dengan naratif yang diperkenalkan oleh Naib Canselor iaitu YBhg. Profesor Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman. Mereka juga telah memperkenalkan 3 mekanisme utama iaitu kebajikan, keilmuan dan kesatuan dalam mencapai matlamat perjuangan parti. 


Menurut Mukhlis Mubin, 22, Presiden Watan UKM, persediaan yang dilakukan untuk pilihan raya kali ini akan memfokuskan kepada pengurusan strategik yang lebih tersusun. Strategi yang dilakukan akan dirangka dengan baik dan teliti agar sesuatu yang diharapkan terjadi.


Dalam pada itu, beliau juga menyatakan didalam medan politik kunci utama sesuatu kejayaan yang ingin dicapai memerlukan perancangan strategi yang berkesan dan menjadikan ia sesuatu yang sedang partinya usahakan. 


“Persediaan yang dilakukan kali ini adalah lebih strategik dan tersusun. Kami cuba merangka strategi baru untuk prk kali ini. InshaAllah jika betul caranya, suatu berita baik menanti. 


“Perlu diketahui bahawa di dalam kancah politik, kunci utama bagi mencapai kejayaan adalah dengan mempunyai rancangan dan strategi yang berkesan. Dan perkara itulah yang sedang kami kerjakan”, katanya. 


Selain itu, pilihan raya kali ini dijangkan akan berlangsung pada 11 Januari 2024 manakala tarikh penamaan calon pula akan diadakan pada pada 4 Januari 2024. Bagi tarikh tempoh berkempen dilaksanakan dari 4 hingga 10 Januari 2024. Namun, tarikh rasmi pelaksanaan pilihan raya ini akan diumumkan pada 27 Disember 2023 di Pesada Canselori UKM, jam 8.30 malam oleh Townhall JPMPP. 


Beliau menjangkakan pilihan raya kali ini memiliki persaingan yang hebat diantara parti yang bertanding. Oleh itu, beliau merasakan dengan kepercayaan yang diberikan oleh warga UKM mampu memberi keyakinan kepada Watan untuk membentuk sebuah Kesatuan Mahasiswa yang berkualiti. 


Namun begitu, sekiranya beliau dan parti Watan gagal dalam membentuk kerajaan maka beliau yakin bahawa mereka mampu membina sebuah blok pembangkang yang utuh dan berkualiti. Ini dapat menjadikan mereka sebagai sebuah badan yang bertindak untuk semak dan imbang di dalam Kesatuan Mahasiswa UKM. 


“Jangkaan saya pada prk kali ini ialah suatu saingan yang kuat antara gerakan-gerakan yang bertanding akan berlaku, dan saya yakin sekiranya diberikan kepercayaan warga UKM keseluruhannya, InshaAllah suatu Kesatuan Mahasiswa yang berkualiti dapat diwujudkan.


“Jika tidak menjadi kerajaan, kami yakin suatu blok pembangkang yang kuat dan berkualiti akan terbentuk sebagai badan yang bertindak bagi sistem semak dan imbang di dalam Kesatuan Mahasiswa UKM”, ulasnya. 


Dengan ini, beliau berharap agar para pengundi bagi pilihan raya kali ini membuat penyelidikan dan semakan sebelum membuat undian. Seterusnya, membebaskan fikiran daripada perkara yang mampu mempengaruhi undian disamping memilih calon yang berkualiti yang memperjuangkan suara para pelajar. 


“Kami mengharapkan agar pengundi-pengundi kali ini dapat mengundi dengan membuat kajian dan penyelidikan terlebih dahulu, tidak mengundi membuta tuli, bebaskan fikiran dari didoktrin dgn perkara-perkara yang akan mempengaruhi undi kalian.


“Pilihlah calon yang berkualiti, calon yang mampu mengangkat suara mahasiswa, calon yang berjuang untuk mahasiswa, calon yang PRO kepada mahasiswa, calon yang bertanding di bawah panji Mahasiswa Watan UKM”, katanya lagi.

30 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page