Oleh: Mohamad Fazlan Kamaruzaman
Penyunting: Syahzanani Sajidah
Sumber : Facebook Pusat Siswazah UKM
BANGI, 7 Mac – Seramai 714 pelajar baharu bagi pascasiswazah telah mendaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi semester 2 sesi akademik 2019/2020 dan satu acara telah diadakan bagi menyambut kehadiran pelajar-pelajar ini telah diadakan di Pusat Siswazah UKM.
Acara yang diberi nama Hari Informasi Pascasiswazah (HIP) tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dimana pelajar baharu ini didedahkan dengan kemudahan prasarana yang terdapat di kampus UKM serta memberi pendedahan tentang cara untuk menyediakan rancangan penyelidikan, membuat kajian pustaka malah persediaan untuk menghadapi viva kelak.
Dalam ucapan yang telah diberikan oleh Naib Canselor UKM iaitu Prof Dato’ Ir D. Mohd Hamdi Abd Shukor, beliau berkata seorang pelajar pascasiswazah haruslah mengelak dari melakukan perbuatan memalsukan kerja serta haruslah bijak mengatur waktu agar pengajian dapat dihabiskan dalam waktu yang ditetapkan.
‘Seorang pelajar pascasiswazah haruslah mengelakkan diri dari melakukan perkara seperti meniru hasil kerja orang lain dan perlu bijak menguruskan waktu.
‘Saya berharap agar lebih ramai pelajar antarabangsa dapat mendaftar di UKM agar universiti lebih dikenali lagi di dunia’, katanya.
Hari Informasi Pascasiswazah tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab Naib Canselor UKM tersebut dan beberapa orang pelajar baharu.
Comments