top of page
  • Writer's pictureWong Yee Tian

Berhenti Kerja Demi Perniagaan Aiskrim Jenama Sendiri

Penulis: Wong Yee Tian

Penyunting: Nurul Izzah

Sumber Foto: Karen Tan


BUKIT MERTAJAM, 21 Jan - Minat kepada aiskrim sehingga sanggup meletakkan jawatan sebagai Logistic Supervisor di Australia demi menghasilkan aiskrim terbaik.

Karen Tan, 35, pengasas aiskrim tempatan berjenama Fourspoon Ice-cream Cafe, telah berjaya mencipta kejayaan sehingga mampu menghasilkan homemade ice-cream yang digemari oleh semua lapisan masyarakat dan sekaligus dinilai sebagai ‘Top 10 Ice-Cream’ di Pulau Pinang.


Kecenderungan kepada aiskrim telah menyebabkan beliau mempunyai standard yang tinggi terhadap rasa aiskrim kerana kebanyakan aiskrim dalam pasaran agak dikomersialkan dan di sinilah tercetusnya idea untuk menghasilkan aiskrim yang berkualiti.


“Kebanyakan aiskrim sekarang telah dikomersialkan sehinggalah hilang rasa keaslian dan keunikannya.


“Oleh yang demikian, saya berhasrat untuk menghasilkan aiskrim yang berkualiti tinggi serta mengekalkan rasa keaslian dan keunikannya,” katanya.


“Setiap rasa aiskrim yang dihasilkan adalah daripada resepi sendiri dengan menggunakan 100% bahan asli tanpa pengawet dan hasilnya lebih authentic dan teksturnya tidak icy seperti aiskrim komersial,” tambah beliau lagi.


Walaupun memiliki jawatan tinggi tetapi beliau sanggup meletakkan jawatan dengan menceburi dalam bidang Food and Beverage (F&B) demi menghasilkan aiskrim terbaik.


“Memiliki jawatan tinggi adalah salah satu kejayaan, namun, saya masih berhasrat untuk memiliki fleksibiliti dari segi masa dan melakukan apa yang saya sukai dan tidak melibatkan diri dalam rat race,” kata Karen.


Seorang pelanggan, Harchana Ramesh, 23, berkata beliau merupakan penggemar Fourspoon Ice-cream Cafe disebabkan aiskrim yang dihasilkan mempunyai keunikan tersendiri dan ia tidak akan didapati di kedai aiskrim lain.


“Dari segi rasa, aiskrim yang dihasilkan terutamanya perisa chocolate tidak manis seperti aiskrim komersial dan mempunyai rasa keunikan tersendiri di mana berkemungkinan ia dihasilkan dengan resipi sendiri dan tidak dijumpai di kedai lain,” katanya.


Tambahan lagi, salah seorang pelanggan, Ashikin Rashid, 25, berkata aiskrim yang dihasilkan mempunyai lebih kurang 20 perisa yang berbeza dan harga aiskrim amat berpatutan sekaligus kesemuannya adalah halal.


“Aiskrim yang dihasilkan memang sedap dan ia mempunyai sebanyak 20 perisa yang berbeza untuk dipilih dan kesemuannya juga mempunyai keunikan tersendiri dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Kecenderungan minat ini telah mendorong Karen memiliki kejayaan sehingga mampu mengembangkan perniagaannya dengan membuka cawangan kedua di Gurney Walk, Pulau Pinang serta menjadi pengedar aiskrim kepada kafe lain.


Karen juga memegang prinsip di mana beliau percaya bahawa segala kejayaan datang daripada orang yang berani mencuba serta mempunyai usaha dan kecenderungan.


“Behind every success is effort, behind every effort is passion, behind every passion is someone with courage to try,” katanya.


Karen juga merupakan pengasas kepada Jam and Kaya Cafe yang bertemakan Australian Breakfast di mana pancake yang dihasilkan juga mendapat sambutan tinggi dalam kalangan masyarakat sehinggalah dinilai sebagai ‘The Best Pancake in Klang Valley’ oleh My Weekend Plan.


Fourspoon Ice-cream, sebuah kedai aiskrim yang menghasilkan aiskrim yang masih dinilai sebagai ‘Top 10 Places For All The Ice Cream Lovers Out There In Penang’ oleh Penang Foodie.


20 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page