top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Bundle Expo: Edisi Raya Meriah Selama Seminggu

Updated: May 7, 2021

Oleh: Azmi Nordin

Penyunting: Rahimi Rahim


Sumber: Facebook page Bundle Expo


BUKIT JALIL, 4 Mei- Bundle Expo:Edisi Raya kini kembali dengan lebih 60 gerai jualan diikuti waktu operasi sehingga jam 2 pagi selama seminggu bermula 30 April hingga 9 Mei di Stadium Bukit Jalil.


Bundle Expo adalah dimana peniaga pakaian terpakai dikumpulkan dibawah satu bumbung bagi menjadikan ini pesta pakaian terpakai terbesar di Malaysia. Rata rata peniaga disini terkenal di media sosial seperti di Facebook dan Instagram kerana mempunyai pengikut yang ramai dan kini hadir dalam bentuk jualan berbentuk fizikal buat peminat mereka agar dapat lihat sendiri secara bersemuka barang jualan dan peniaga itu sendiri.


Kelainan Bundle Expo kali ini adalah ianya mempunyai lebih daripada 60 gerai jualan dan kawasan tapak jualan yang lebih besar berbanding sebelumnya. Turut tersedia ruangan berbuka dan gerai jualan makanan buat pengunjung yang berpuasa di luar tapak jualan menjadikan ini salah satu tarikan buat pengunjung untuk terus hadir. pengunjung lebih tertarik dengan acara lelongan dan jualan pecah guni yang merupakan satu budaya bagi komuniti bundle ini. Selain itu, Bundle Expo kali ini turut berkolaborasi dengan agensi muslim friendly iaitu IKHLAS. Sumbangan dan derma boleh dilakukan kepada agensi ini sekaligus berpeluang menyertai cabutan bertuah yang mana akan mendapat sebuah guni pakaian terpakai buat penderma bertuah.


Menurut pengunjung Bundle Expo yang ditemuramah iaitu Shaffiq Fauzan, beliau merasakan Bundle Expo kali ini tampak lebih meriah berbanding sebelumnya meskipun terikat dengan SOP dikala musim pandemik ini. Disini juga menyediakan ruangan untuk peniaga makanan sekaligus memudahkan pelanggan yang datang untuk berbuka puasa di sana.


“Bundle Expo kali ini datang dengan kawasan yang lebih luas dan lebih banyak gerai jualan. Jadi buat peminat bundle seperti saya, sudah pastinya rambang mata untuk melihat satu demi satu pakaian yang dijual disini meskipun terikat dengan SOP yang ditetapkan. Di luar kawasan jualan ada disediakan tapak jualan makanan dan kawasan untuk iftar, jadi saya dan rakan saya tidak perlu risau untuk mencari tempat berbuka jika sedang sibuk mencari pakaian raya kami disini.”


Lain pula pandangan seorang peminat tegar Bundle Expo, Adli Haikal berasa teruja akan Bundle Expo kali ini kerana berlangsung selama seminggu tidak seperti Expo yang sebelumnya. Dari sudut peraturan penjarakkan sosial dikalangan pengunjung dan peniaga adalah sangat diamalkan kerana mempunyai pengawal keselamatan ditempatkan di setiap penjuru tapak jualan bagi mengawasi pengunjung yang hadir.


“saya ada hadir pada Bundle Expo yang sebelumnya, perbezaannya kini ia dibuka sehingga jam 2 pagi dan selama seminggu tidak seperti pada Mac lalu di The Mines 2 iaitu selama 3 hari sahaja. Penjarakkan sosial disini dipatuhi oleh semua pengunjung dan peniaga kerana terdapat pengawal keselamatan yang mengawasi pengunjung yang hadir bagi mematuhi SOP yang ditetapkan.”


Perniagaan barang terpakai atau dipanggil bundle masih mempunyai jumlah peminat yang tinggi di Malaysia. Barang jualan di Bundle Expo bukan sahaja terdiri daripada baju, seluar, kasut dan aksesori malah jualan seperti kuih raya dan kelengkapan hari raya turut dijual disini.


Buat mereka peminat pakaian terpakai yang terlepas Bundle Expo yang berlangsung pada 25 - 28 Mac bulan lalu. Ini adalah masa yang sesuai buat mereka yang berada di sekitar Selangor untuk mencari barangan kegemaran anda. Penjagaan jarak antara individu perlulah dipatuhi bagi mengelakkan penularan Covid 19 yang lebih teruk.

590 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page