top of page
  • Writer's pictureAhmad Hasif Halimi

'Casual' Penonton Bola Sepak Keterlaluan

Penulis: Ahmad Hasif Halimi

Penyunting: Chua Yung Qi


Sumber Foto: ESPN


Perlawanan Malaysia menentang Vietnam bagi piala Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang lepas telah memaparkan segelintir penonton membuat provokasi seperti membaling botol ke arah pemain bola sepak pasukan Vietnam dan disulami dengan isyarat lucah bagi melepaskan kemarahan mereka.


Selepas sahaja tamat perlawanan, penulis mengambil keputusan untuk berehat sebentar di kawasan food truck sementara menunggu kesesakan penonton yang mahu pulang sejurus tamat perlawanan. Namun, penulis terdengar bunyi teriakan dan ternampak beberapa pergelutan di antara dua pihak yang tidak dikenali.


Setelah diamati dengan teliti, rupanya yang menimbulkan kekacauan tersebut adalah merupakan golongan football firm atau lebih dikenali sebagai ‘casual’. Gaya mereka berpakaian kemas, jaket tebal berjenama, dengan sepatu Adidas berwarna-warni yang jarang dijumpai di pasaran.


Jadi siapakah dan apakah itu casual ?.Casual atau football firm adalah salah satu cabang sub budaya yang begitu terkenal di England khususnya pada lewat 80-an. Golongan ini adalah pecahan daripada sub budaya seperti Punk dan juga Skinhead.


Sumber Foto: Inter Johor Firm Facebook


Firm merujuk kepada pertubuhan underground yang dianggotai sekumpulan pemuda yang fanatik kepada kelab bola sepak tempatan mereka. Bola sepak sememangnya menjadi sukan rakyat untuk penduduk England sejak tahun 60- an lagi. la dianggap sebagai satu hiburan kepada golongan kelas pekerja atau dikenali sebagai working class di England.


Hari sabtu (matchday) adalah hari yang dinanti-nantikan oleh golongan working class ini. Menyokong dengan sepenuh jiwa dan raga, seria membawa semangat yang berkobar-kobar, menjadikan mereka begitu fanatik dengan kelab tempatan mereka. Tahap ketaksuban mereka berada pada aras tertinggi sehinggamereka sanggup melakukan kelakuan yang ganas seperti memukul penyokong dari pihak lawan mereka serta melakukan vandalisme di tempat pihak lawan.


Sumber Foto: IJF Facebook


Pada lewat 70-an, golongan skinhead sering mencetuskan pergaduhan di dalam stadium, sehingga kejadian yang meragut nyawa disebabkan pergaduhan. Polis mula mengesyaki golongan ini sehingga mereka dilarang untuk memasuki stadium.


Gaya mereka yang Berkepala botak, memakai kemeja dengan suspender, lengkap berjaket Alpha Industries serta memakai kasut but berjenama Dr. Martens memudahkan pihak polis mengenali mereka. Maka, pada awal 80-an, muncul football firm yang agak berbeza dari era yang sebelumnya. Mereka mengenakan pakaian yang menjadi kegilaan orang-orang atasan pada era itu.


Tangkap layar daripada filem The Pure. Sumber Foto: The Pure Film


Jenama- jenama terkenal dari Itali dan Perancis seperti Sergio Tacchini, Fila, Ellesse, Lacoste, Burberry, Fred Perry merupakan pilihan pakaian mereka pada masa itu. Kasut Adidas buatan Jerman Barat menjadi sepatu pilihan, Clobbers pula merujuk kepada segala pakaian dan yang dipakai oleh mereka seperti jaket, bucket hat dan kasut.


Mereka juga tidak sesekali mengenakan jersi kelab mereka sendiri, bahkan langsung tidak memakai apa-apa warna yang akan menunjukkan mereka datang dari kelab mana. Hal ini bertujuan untuk mengaburi mata pengawal keselamatan dan juga pihak berkuasa daripada ditangkap.


Dengan cara ini, ia memudahkan mereka untuk memasuki stadium dan menghuru-harakan keadaan. Dekad demi dekad, sub budaya ini kian menular di seluruh Asia khususnya dan dibawa masuk ke Malaysia oleh oldtimers dalam underground scene di sekitar tahun 2006.


Sumber Foto: TheSukan


Maka dengan itu wujudlah beberapa Football Firm yang mewakili kelab bola sepak negeri. Seperti SC (Selangor Casual), KLC (Kuala Lumpur Casual) dan juga Inter Johor Firm yang mewakili Johor.


Jika di England, terdapat dua football firm yang terkenal iaitu Millwall Bushwackers (Millwall FC) dan Inter City Firm (West Ham). Mereka adalah di antara firm yang sangat digeruni dalam kalangan penyokong kelab tempatan yang lain.


Sumber Foto: Estadio Deportivo


Persengketaan di antara mereka selama berdekad-dekad telah menyebabkan jumlah angka korban yang begitu ramai. Tragedi yang dikenali iaitu 2009 Upton Park Riot menyaksikan ratusan anak muda dari kedua-dua kelab ini bertembung di luar stadium. Beberapa insiden keganasan dilaporkan dan terdapat angka korban yang tidak dapat dipastikan.


Pada Januari 2010, West Ham didenda 115,00 Euro selepas disabitkan kesalahan dalam keganasan, provokasi dan gagal mengawal penyokong mereka daripada masuk ke padang. Millwall pula terlepas dari sebarang tuduhan.


Sumber Foto: Estadio Deportivo


Memetik ucapan pemerhati sukan, Datuk Dr. Pekan Ramli, beliau berpendapat budaya keganasan dalam bola sepak ini sepatutnya tidak berlaku dalam negara ini.


"Budaya hooligan ini mereka suka buat provokasi, rusuhan dan pergaduhan. Jadi kadang-kadang saya pelik penyokong 'casual' ini menang dia buat kacau tak menang pun dia buat kacau,” katanya.


Tambahnya lagi, kesan daripada tindakan segelintir penyokong ini akan membuatkan orang ramai yang hadir ke stadium menjadi mangsa dan perkara itu boleh membuatkan mereka serik untuk menyaksikan perlawanan pasukan kegemaran.


Beliau berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih keras terhadap golongan ‘casual’ dan juga berharap supaya golongan casual ini menyokong kelab pilihan mereka dengan tidak melakukan perkara yang keterlaluan sehingga mampu merosakkan ‘scene’ bola sepak tanah air.


Akhir kata, menang atau kalah itu adat permainan dan jangan terlalu ikut perasaan sehingga menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa.


33 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page