top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Malaysia Mencatat Dua Kematian Pertama COVID-19

Updated: Mar 24, 2020

Oleh: Aqilah Humaira Ab Halim

Penyunting: Alexandra Prudente



Sumber: freemalaysiatoday.com


BANGI, 20 Mac – Susulan berita wabak COVID-19 yang telah meragut dua nyawa sekaligus mencatat kematian pertama membabitkan penyakit tersebut di Malaysia.


Fahmi Reza, 43, seorang pereka grafik politik telah memuatnaik status Twitter dengan menasihati orang ramai untuk mengikut arahan supaya duduk di rumah dan elakkan keluar tanpa sebab kerana sudah pun terdapat dua kes kematian COVID-19.


Seorang pengguna Twitter Ismail Amsyar juga memuatnaik pendapatnya bahawa dia bersetuju dengan inisiatif kerajaan dan berharap masyarakat mengikuti arahan yang diberikan kerana isu ini memerlukan kerjasama orang ramai.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia melibatkan kes ke-178 yang merupakan lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Lelaki tersebut telah dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas didapati positif COVID-19 dan keadaan beliau semakin merosot lalu disahkan meninggal dunia pada 17 Mac.


“Sementara kes ke-358 iaitu lelaki warga tempatan yang berusia 60 tahun dan mempunyai sejarah kesihatan yang kronik,” katanya pada siding media di Kementerian Kesihatan hari ini.

Keadaan beliau juga merosot dan dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU). Pesakit disahkan telah meninggal dunia pada 11 pagi, 17 Mac di Hospital Besar Sarawak.


Peningkatan mendadak jumlah kes positif COVID-19 sudah pun mencecah angka sebanyak 673 kes. Sebanyak 428 kes adalah daripada 16,000 jemaah perhimpunan tabligh.


Dr Adham turut menggesa masyarakat untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. Sebarang kesalahan yang melanggar arahan diberikan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 24 Akta 342.


Setiap individu perlu menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan Malaysia membendung penularan wabak COVID-19.

24 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page