top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Covid-19 :Perkhidmatan Dobi Ditutup

Updated: Mar 21, 2020

Oleh: Arisha Mahazir

Editor: Ashikin Yusri



Foto: Sosial media rasmi superpapalaundry


BANGI, 20 Mac - Dobi layan diri (self-service) tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan iaitu selama 14 Hari yang berkuat kuasa hari ini sehingga 31 Mac depan.Larangan itu adalah bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di premis berkenaan.


Perintah ini antara lain menetapkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara dengan semua rumah ibadat dan premis perniagaan ditutup kecuali kedai yang menjual barangan keperluan harian seperti pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka.Perintah ini juga melibatkan semua premis kerajaan dan juga swasta kecuali perkhidmatan penting seperti perbankan.


"Tindakan kerajaan ni bagus sebab nak mengelakkan orang berkerumun tapi saya nak basuh baju di mana ? Mesin basuh saya rosak." kata seorang penduduk di Bandar Baru Bangi, Muhammad Amirul, 25.


Safiyah Nur, 37 berkata "Saya bekerja jadi tidak ada masa nak basuh baju di rumah,jadi saya bawa baju siap- siap pergi kerja balik terus ke dobi untuk basuh dan keringkan.Selepas ini, saya kena cari solusi lain buat sementara waktu sehingga Perintah Kawalan Pergerakan tamat.


Selain itu,restoran pula boleh dibuka seperti biasa, namun hanya untuk makanan yang dibawa pulang dan pandu lalu atau melalui perkhidmatan penghantaran, tetapi mereka tidak dibenarkan makan di kedai (dine-in) tersebut.Makanan yang dibeli hanya boleh makan di rumah.


Selain itu, kegiatan pengedaran yang membabitkan bekalan barangan keperluan dan makanan dibenarkan untuk terus beroperasi agar rakyat dapat membeli keperluan mereka secara beterusan.


Dengan perintah yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan,diharap semua rakyat Malaysia memandang serious akan isu Covid-19 ini dan mengikut setiap arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan agar peningkatan penyebaran Covid-19 dapat dikurangkan.

61 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page