top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Danial Tetap Bersemangat Walaupun Dicemuh Netizen

Penulis : Nurul Halida Norniza 

Penyunting : Nur Najwa ‘Awatif Taufek


Sumber Foto: Muhammad Khairul Idzuan


Bangi, 13 Dec: Penyanyi baharu, Danial Kifli tidak merasakan cemuhan netizen merupakan satu perkara yang mematahkan semangatnya untuk terus berada di dalam dunia industri malah membuatkannya lebih berkobar-kobar dalam menghasilkan lagu serta meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi. 


Muhammad Ariff Danial Kifli atau Danial Kifli, 20, yang terkenal dengan lagunya ‘Pergilah Cinta’ berkata walaupun terdapat pengalaman yang melibatkan cemuhan netizen akan tetapi perkara itu dianggap sebagai satu motivasi kepada dirinya untuk sentiasa positif. 


Lagu ‘Pergilah Cinta’ merupakan single kedua ciptaannya bersama komposer Knight Cydeen mendapat sambutan yang baik dengan lebih 7 juta tontonan di Youtube daripada netizen berbanding single pertamanya iaitu ‘Permata Istimewa’. 


“Danial anggap benda itu macam motivasi pada diri saya sebab kadang kita kat atas, kadang kita kat bawah, bila kat bawah tu kita terima je la sebab tak semua orang suka kita. 


“Sambutan agak kurang sebab yelaa masa itu kita budak jadi memang kita jujur la lirik pon lebih kepada cliche dan memang susah nak masuk la kalau dalam industri. 


“Bila dah masuk dalam golongan industri jadinya orang akan dengar betul-betul jadi kalau rasa tak layak dorang cakap tapi Danial pon muda lagi, banyak lagi yang nak belajar jadi tak mustahil satu hari benda tu yang akan mahirkan kita lagi dan benda tu yang lagi jadikan kita lebih profesional,” katanya ketika ditemubual di Karnival Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-51.


Danial yang pada mulanya hanya sebagai pempengaruh di media sosial mengulaskan keberaniannya menyanyi. Beliau berkongsi pandangan bahawa walaupun terdapat ramai lagi individu yang berbakat dalam industri ini, kepercayaan kepada takdir dan keberkatan Tuhan adalah kunci kejayaan sebenar. 


“Sebenarnya Danial berani untuk menyanyi ini sebab bila kita buat sesautu itu, contoh macam danial cover lagu semua sokong dan ramai yang nak lagi sampai kadang benda itu alhamdulillah viral sampai ke Indonesia tapi bila kita dah buat semua benda itu kita pon sedar dalam industri ini ramai lagi yang lebih berbakat tapi danial percaya kepada takdir sebab kalau kita takda bakat pon tapi Allah itu permudahkan urusan kita sentiasa lancar dan jadi benda itu insya allah ade hikmahnya,” katanya. 


Jelas Danial, dulu ada dia bercita-cita untuk menjadi artis dalam bidang lakonan akan tetapi rezeki datang dengan cara yang tidak diduga-duga membawa dirinya ke dalam bidang nyanyian namun jika diberi peluang untuk berlakon, Danial sedia untuk menyahut cabaran itu. 


“Sekarang Danial tengah buat lagu yang sesuai dan dalam masa yang sama juga Danial cuba dapatkan idea untuk buat lagu untuk sambungan lagu Pergilah Cinta jadi dia akan ada tiga sesi. Permata Istimewa, Pergilah Cinta dan seterusnya,” katanya kepada Nadi Bangi.

35 views4 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page