top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Filem “Abang Adik”: Orang Tanpa Kewarganegaraan

Penulis: David Ling Chun Sing

Penyunting: Kuroshini A/P Sathurugnan Saravanan


Sumber foto: Google


“Some people live relying only on their shadow, and not even with the whole shadow, but bit by bit, now with one hand, now with one eye.” - "The Shadow" oleh Marin Sorescu. Petikan ini adalah daripada filem Abang Adik untuk menunjukkan apa maksudnya Statelessness dalam filem ini dan menunjukkan keputusasaan. Daripada maksud petikan ini, orang tanpa kewarganeragaan boleh dilihat sebagai orang yang kehilangan identiti mereka sendiri., Mereka secara beransur-ansur kehilangan kesedaran dan rasa hormat terhadap sendiri. Identiti mereka bagaikan bayang-bayang, hilang erti sebenar.


"Abang Adik" adalah sebuah filem Malaysia diarahkan oleh pengarah Lay Jin Ong pada tahun 2023. Latar belakang cerita berada di Pudu Kuala Lumpur. Dalam filem "Abang Adik", pelakon Wu Kang Jen sebagai Abang dan pelakon Jack Tan sebagai Adik bagi memanggil satu sama lain untuk menggantikan nama mereka yang tidak wujud dalam filem ini. Abang adik disebabkan tidak mempunyai kad pengenalan diri, mereka berhidup seperti hantu dalam seluruh masyarakat. Abang kehilangan ibu bapa dan sijil kelahiran akibat kebakaran sehingga sekarang masih tidak berdaftar dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara. Walaupun dia menghadapi cabaran besar dalam kehidupan seharian tetapi dia masih menunjukkan nilai baik hati, rendah hati. Selain itu, kecacatan pendengaran juga menyebabkan dia bergantung kepada alat pendengaran dan menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan orang sekelilingnya.


Walaupun kehidupan mereka penuh dengan ketidakpastian, mereka masih mempunyai sokongan rakan, rakan pekerjaan dan suatu peranan filem iaitu pelakon Tan Kim Wang sebagai kak Money menjadi penjaga abang adik.


Jika mengatakan bahawa Filem “Abang Adik” cerita yang paling sedih adalah keinginan asas dan rendah hati untuk mencintai dan memberi terhadap sesuatu dan kehidupan yang susah disebabkan oleh tanpa pengenalan. Kebanyakkan situasi dalam filem ini adalah berdasarkan situasi betul. Ia telah menjadi sesuatu amaran kepada penonton bahawa situasi tanpa pengenalan adalah satu isu penting dalam masyarakat kita.


Kad pengenalan dan sijil kelahiran adalah perkara yang kebanyakkan kita ambil sebagai mudah. “. Walau bagaimanapun, masih ada ramai orang yang bergelut dengan pengenalan mereka dan mereka tidak mempunyai kebebasan untuk kehidupan mereka sendiri dan mereka tidak berhak untuk memilih nasib mereka sendiri.


Petikan daripada filem "Setakat kita hidup, biarlah hidup dengan baik-baik" menjadi sangat bermakna. Sama ada kebaikan daripada pekerja lain atau sokongan daripada adik yang tidak berkaitan darah, mereka menjadi cahaya terang dalam kehidupan yang gelap. Walaupun pilihan terhad, mereka membimbing satu sama lain dalam kehidupan susah mereka.


Kebanyakkan orang awam masih kurang informasi tentang apa sebenarnya maksud statelessness. Keadaan ini bukan hanya berkaitan dengan pelarian tetapi ia melibatkan isu-isu yang mungkin tidak begitu dikenal secara umum namun mempunyai impak besar setiap individu yang dipengaruhi.


Berdasarkan Timbalan Pengerusi MUDA Wilayah, Farah Syahidah kata “terdapat banyak tanggapan salah tentang isu statelessness. Statelessness bukan hanya mengenai pelarian dan masih tidak ramai orang yang tahu tentang isu ini kerana ia sebenarnya isu yang sangat kecil tetapi memberi kesan kepada Malaysia secara besar-besaran.”


"Walaupun kita sebagai orang biasa tidak dapat menyumbang banyak kepada isu ini tetapi kita masih boleh menyadari isu ini apabila kita bercakap dengan orang lain untuk menyebarkan kesedaran tentang isu semasa. Sekarang kita mempunyai media sosial, ia adalah platform yang sesuai kepada orang ramai berbincang dan bercakap tentang isu ini dan menyedarkan lebih ramai orang mengenainya." katanya.


Filem "Abang Adik" telah mendapat pujian kritikan kepada isu statelessness kerana ia penggambarannya tentang orang tanpa kewarganegaraan dan berjaya menggemakan pengalaman ramai di seluruh dunia. Dengan membandingkan cerita filem dengan kes-kes sebenar dalam kehidupan seharian kita, penonton dapat mencetuskan kesedaran dan emosi empati bagi mereka yang menghadapi cabaran statelessness ini.


Filem ini berkaitan dengan tema pencarian identiti dan kesan pembautan keputusan dari segi politik terhadap individu yang dipengaruhi. Pengalaman watak dalam filem ini berfungsi sebagai cermin yang menunjukkan isu-isu masyarakat yang lebih besar.


Filem “Abang Adik" adalah agak mudah dalam konteks cerita filem zaman sekarang, tetapi ia menggambarkan secara mendalam kasih sayang berdasarkan "ketiadaan” daripada hubungan abang dengan adik. Filem ini tidak mengikut formula "happy ending" seperti kebanyakan filem sekarang kerana isu statelessness ini masih belum selesai. Pada penghujung filem, abang tidak diselamatkan, tetapi dunia terus bergerak tanpa henti juga menunjukkan masalah ini masih meninggal banyak masalah kepada masyarakat kita.


"Abang Adik" adalah sesuatu filem yang berat tetapi benar. Selain menggambarkan kehidupan dan kesukaran orang tanpa kewarganegaraan, ia juga membolehkan kita melihat bagaimana mereka yang tinggal di sudut gelap dengan menghadapi kehidupan yang sukar.

21 views1 comment
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page