top of page
  • Writer's pictureNajwa Ismet Badjened

Dhabitah Raih Anugerah Pilihan Rakyat 'Ikon Sukan Wanita'

Penulis: Najwa Badjened

Penyunting: Nabila Najwa


Sumber Foto: Nadi Bangi


BANGI, 8 JAN - "Anugerah Ikon Sukan (AIS) telah berjaya membuktikan bahawa sukan terjun air semakin dihargai oleh masyarakat diluar sana" kata Nur Dhabitah Sabri, 23, atlet Olimpik wanita negara.


Pemilihan pemenang bagi setiap kategori adalah berdasarkan penilaian juri profesional dan juga undian yang dilakukan oleh para pembaca melalui akhbar Harian Metro dan beliau berjaya membawa pulang sebuah trofi, wang tunai sejumlah RM5,000 beserta langganan E- paper Harian Metro selama setahun sebagai Ikon Sukan Wanita.


Anugerah Ikon Sukan Harian Metro yang julung kalinya diadakan di Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada atlet negara, penggiat industri sukan, atlet paralimpik, serta kelab dan persatuan sukan, di atas kejayaan dan kecemerlangan mereka dalam mengharumkan nama negara.


Dengan adanya penyampaian anugerah seperti ini, membuatkan Dhabitah berasa amat bersyukur dan dihargai masyarakat dan peminat sukan tanah air atas kejayaannya sebagai atlet olimpik negara.


Menurut Dhabitah, sokongan daripada orang ramai juga menjadi pendorong hebat buatnya untuk terus beraksi dengan lebih gigih lagi demi mengharumkan nama negara.


“Sejujurnya, saya tidak mempunyai masa untuk diri sendiri. Saya sering tergesa-gesa untuk membuat sesuatu perkara seperti ke latihan dan juga kelas,” Kata Dhabita.


sambungnya lagi. Namun begitu, segala penat lelah yang diharungi beliau tidak disia-siakan. Berpegang pada moto ‘percaya pada kebolehan diri’ turut membawa Dhabitah untuk terus kekal positif dalam setiap detik sukan terjun air yang dipertandingkan.


“Matlamat saya adalah untuk memenangi pingat olimpik. Tidak kira apa jua rintangan yang akan menimpa, saya perlu percaya pada diri sendiri dan akan terus buat yang terbaik demi Malaysia”, ulas beliau lagi. Walaupun ‘ada pasang surut’ dalam setiap pertandingan yang dimasukinya, akan tetapi beliau tetap tidak berputus asa, dan sentiasa bekerja keras untuk menjadi yang lebih baik.


Dhabitah berjaya menewaskan beberapa atlet olimpik wanita lain seperti seperti Pearly Tan-M Thinaah (Badminton), Tahira Najmunissa Muhammad Zaid (Triatlon), Intan Serah Anisah Zulgafli (futsal) dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh (memanah).


Anugerah Ikon Sukan (AIS), yang dianjurkan oleh Harian Metro, mempunyai lapan kategori yang dipertandingkan, iaitu Anugerah Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru, Anugerah Ikon Sukan Wanita Gardenia Breakthru, Anugerah Ikon Sukan Paralimpik, Anugerah Ikon Sukan Jurulatih, Anugerah Ikon Sukan Persatuan/Kelab, Anugerah Ikon Sukan Kepimpinan, Anugerah Ikon Sukan Harapan dan Anugerah Ikon Sukan Personaliti/Pempengaruh.


30 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page