top of page
  • Writer's pictureMuhammad Haziq Aqmar Amril Nurman

Dobi Kolej Dato' Onn Umpama Kafe Estetik

Updated: Jan 7, 2023

Penulis: Muhammad Haziq Aqmar Amril Nurman

Penyunting: Nur Amilya Husna Kamarul Zaman


Sumber Foto: Muhammad Amzar


BANGI, 28 Dis - Dobi Kolej Dato’ Onn (KDO) yang baru dibuka pada bulan ini telah menarik perhatian ramai kerana reka bentuknya yang estetik.


Ketua Eksekutif KDO, Muhammad Amzar Bin Azizol Rahman (Sarjana Muda Sains Politik, 3) berkata usaha membina dobi ini telah dilakukan oleh Majlis Eksekutif Pelajar sesi yang lepas iaitu pada tahun 2021/2022.


“Kos membina dobi ini secara kasarnya menelan perbelanjaan hampir RM 70,000,” katanya kepada Nadi Bangi.


Antara cabaran utama pembinaan dobi ini adalah berkaitan dengan sistem perparitan yang telah memakan masa yang lama ketika dobi ini dibina.


“Hal ini disebabkan kawasan yang dipilih berdekatan dengan longkang dan kafe menyebabkan perkara ini perlu diteliti dengan sebaiknya.


“Kini dobi KDO beroperasi 24 jam dengan baik dan boleh digunakan oleh warga Kolej Dato’ Onn,” katanya.


Amzar berkata setakat ini maklum balas yang telah diperolehi adalah penghuni KDO gembira kerana mereka tidak perlu ke kolej yang lain semata-mata untuk mendobi.


Penghuni KDO, Luqman Nul Hakim Bin Muhammad (Sarjana Muda Pengajian Dakwah & Kepimpinan, 3) berkata pembukaan dobi baharu ini telah membantu memudahkan urusan hariannya kerana telah menjimatkan masa dan tenaga.


“Mendobi di KDO, tidak memakan masa yang lama, sambil mendobi boleh lakukan kerja lain kerana dekat berbanding ketika mendobi di kolej lain.


“Sebelum ini saya terpaksa berjalan kaki atau menaiki bas untuk ke Kolej Aminuddin Baki, Kolej Ibu Zain dan Kolej Keris Mas untuk mendobi kerana saya tidak mempunyai kenderaan pada tahun pertama di UKM dan perkara ini amat memenatkan,” katanya.


Luqman juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang bertanggungjawab membangunkan dobi KDO kerana usaha ini telah dimulakan semenjak dia masih berada di tahun 2 pengajian.


124 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page