top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Ejen Ali The Movie Tarik Minat Penonton

Oleh: Nurul Farhana binti Abdullah

Penyunting: Mazidatul Husna


Sumber: Harian Metro

BANGI, 7 Dis – Tayangan filem Ejen Ali The Movie pada 28 November yang lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila telah mengaut keuntungan sebanyak RM 13 juta setelah tujuh hari tayangan.


Memetik petikan daripada Harian Metro, Ketua Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yassin berkata walaupun tayangan filem Ejen Ali The Movie ini ditayangkan serentak dengan pelbagai filem dari luar negara namun filem ini masih mampu mendapat perhatian penonton.


“Banyak filem hebat yang ditayangkan pada masa yang sama dengan filem ini dikeluarkan namun filem ini menjadi platform yang pertama dan terbaik untuk kami terus mencipta yang lebih baik di masa hadapan” katanya.


Ejen Ali The Movie ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 12 tahun yang dipilih menjadi penyiasat sebuah agensi perisikan, Meta Advance Tactial Agency (MATA. Konflik mula berlaku apabila Ali mendapat tahu bahawa bukan dia sahaja yang mengawal gajet istimewa yang dikenali sebagai Infinity Retinal Intelligence System atau Iris, sebaliknya juga boleh dikawal oleh semua ejen.


Meninjau pendapat penonton yang menonton filem ini berkata “ Cerita yang berkualiti, kerja keras yang tersusun dan kemas. Bukan kerja cincai dan idea teknologi yang diketengahkan dalam filem ini sangat mengagumkan kerana menonjolkan budaya Malaysia dan juga budaya politik tempatan.” Kata saudara Mohamad Azim.


Menurut Ammar Ismail Hazim, (27)“Sebagai peminat animasi saya memang amat meminati filem ini. Malah saya sudah menonton filem ini sebanyak dua kali.” Katanya ketika ditemu bual.


Filem ini turut ditayangkan di Singapura serta Brunei dan sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

11 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page