top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Fifty Shades of Freed Jadi Tumpuan

Oleh : Nurfarahin Fadzil

Penyunting : Fatihah Roslan

Sumber : Twitter

KUALA LUMPUR, 25 Mac - Siapa sangka bahawa filem romantik yang dihasilkan pada tahun 2018 ini mendapat tempat pertama dalam kalangan penonton Netflix di Malaysia sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan pada 18 Mac yang lalu.


Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac yang lalu dan telah berkuatkuasa dalam tempoh empat minggu iaitu bermula pada 18 Mac sehingga 14 April 2020 sebagai satu langkah untuk menangani wabak COVID-19 daripada terus menular di Malaysia.


Berikutan dengan arahan yang dikeluarkan, panggung wayang merupakan salah satu perniagaan yang telah memberhentikan operasi mereka untuk mengelakkan perhimpunan beramai-ramai yang dapat merebakkan lagi wabak merbahaya ini dalam skala yang besar.


Masyarakat Malaysia membuat pilihan untuk menggantikan aktiviti menonton filem di panggung wayang dengan hanya menonton filem di Neflix sebagai hiburan mereka ketika tempoh kawalan pergerakan ini.


Netizen di laman sosial Twitter telah menyatakan ekspresi mereka setelah mendapat tahu bahawa filem yang sarat dengan adegan seks, Fifty Shades of Freed telah menjadi pilihan utama rakyat Malaysia selepas negara mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan.


Menurut salah seorang pengguna Twitter yang hanya ingin dikenali sebagai anonymous, beliau memuat naik satu tweet yang memerihalkan rasa kesal dengan sikap rakyat Malaysia yang menonton filem sarat adegan tidak bermoral itu.


“ Seriously Malaysian, you people are pretty messed up “, merupakan tweet yang dimuatnaik oleh pengguna tersebut sebagai luahan hatinya terhadap fenomena filem ini dalam tempoh kawalan pergerakan di negara kita.


Dalam perkembangan lain, Malaysia menduduki tangga keempat sebagai negara yang mencapai jumlah capaian yang tinggi mengenai COVID-19 di laman web Pornhub.


Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh laman web Pornhub tersebut, Malaysia mencapai peratusan sebanyak 84 peratus penggunanya yang dikatakan membuat carian mengenai wabak COVID-19 melalui laman web Pornhub.


Kedudukan Malaysia ini telah mendapat perhatian masyarakat Twitter juga. Salah seorang pengguna Twitter yang memegang akaun @sinneddonut memuatnaik tweet yang meluahkan perasaan terkejut terhadap kedudukan Malaysia sebagai negara keempat tertinggi dalam penggunaan laman web Pornhub .


Tweet pengguna tersebut berbunyi , “Lockdown punya effect memang gila.”


Antara tontonan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia di Netflix ketika musim kawalan pergerakan ini adalah Crash Landing On You, Kingdom, Itaewon Class dan Dirty Money.

90 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page