top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Gelombang ‘Comeback’ Generasi Kedua K-Pop

Penulis: Mohamad Noor Amirul Mokhtar

Penyunting: Nur Farzana Amira Mohd Zaki



Sumber: SM Entertainment


Kemunculan semula beberapa kumpulan K-Pop generasi kedua mengubati kerinduan peminat untuk melihat penampilan mereka di acara muzik. Generasi kedua ini atau dikenali sebagai 'The Golden Age of K-Pop' menghasilkan banyak artis lagenda diantaranya ialah Girls' Generation, SHINee, Big Bang, 2NE1, f(x), Sistar, 2PM dan banyak lagi. Walaupun mereka bukan dikalangan generasi pertama yang membentuk industri K-Pop pada akhir abad ke-20, generasi kedua ini muncul dan mengubah perspektif K-Pop sepenuhnya.


Ramai kumpulan seperti Super Junior, Sistar, Infinite, Vixx, 2am dan Teen Top membuat 'comeback' dengan single dan album terbaharu setelah berehat sekian lama bagi menunaikan impian peminat untuk melihat mereka aktif menghasilkan muzik dan persembahan. Kumpulan yang dianggotai lima ahli, Kara telah mengadakan persembahan istimewa pada MAMA2022 dengan menyanyikan lagu-lagu hit mereka seperti Lupin, Mister dan Step berjaya menambat semula peminat daripada generasi tersebut sehingga memperoleh lebih 8 juta tontonan di Youtube. Kumpulan Afterschool dan Teen Top turut membuat kemunculan di acara muzik seperti Muzik Bank dan Inkigayo sehingga tular di media sosial menyebabkan ramai di kalangan peminat mahukan buah tangan baharu daripada mereka.


Tren muzik ini mula menjadi perhatian peminat antarabangsa yang mempamerkan suasana Korea dalam muzik mereka. Lagu-lagu seperti 'Gee', 'Ring Ding Dong, 'Sorry Sorry', 'Fantastic Baby', ‘Mirotic' dan 'Nobody' mula menjadi siulan ramai. Bukan sahaja muzik, malahan fesyen, rancangan hiburan dan perkataan Korea semakin menjadi ikutan peminat. Tidak bergantung kepada satu-satu konsep, genre muzik ini terkenal dengan kepelbagaian cara dan gaya untuk menarik ramai orang ke dalam fandom mereka.



Sumber: SM Entertainment


Keunikan konsep yang tersendiri


Bermacam jenis konsep menjadi sebab utama peminat mudah tertarik dengan muzik mereka. Bagi peminat artis di bawah naungan YG Entertainment, sasaran syarikat rakaman ini lebih tertumpu dengan kelompok peminat R&B dan Hip Hop. Kepakaran mereka terserlah dalam penghasilan lagu hit seperti Fire, Bang Bang Bang dan Come Back Home. Untuk mereka yang mahukan lagu dengan nyanyian vokal dengan nada tinggi dan experimental music, SM Entertainment mampu memberi aspek ini kepada peminat.


Bagi seorang peminat kumpulan Super Junior atau lebih dikenali dengan nama kelab peminat, ELF, Nur Alya, 30, mempunyai harapan tinggi untuk melihat kemunculan semula kumpulan wanita Afterschool dan 2NE1 kerana konsep mereka yang berbeza berbanding kumpulan lain.


"Kalau diberi pilihan mungkin Afterschool dan 2NE1. Concept yang mereka bawa dan genre lagu mereka sentiasa menarik perhatian," katanya kepada Nadi Bangi.


Alya yang merupakan seorang Eksekutif Akaun turut berkongsi pengalaman beliau menjadi sebahagian daripada fandom 'ELF' dengan pertama kali mendengar lagu Sorry Sorry nyanyian Super Junior dan pengaruh kawan-kawan.


"Lagu Sorry Sorry from Suju. Kawan saya merupakan pengaruh utama dan dialah juga yang introduce Suju dan group yang lain. Keunikan lagu dan bahasa mereka serta jumlah member yang ramai membuatkan saya lebih tertarik untuk minat mereka," ujarnya.


Alya menyatakan perasaan terujanya apabila melihat banyak kumpulan mula aktif demi mengotakan janji kepada peminat setia mereka.


"Terasa seperti memori yang lama hilang kembali. Dapat merasakan setiap comeback and performance yang mereka adakan pada era generasi kedua flashback depan mata," katanya.


Mengulas mengenai keunikan generasi kedua berbanding yang lain, Alya berpendapat konsep mereka lebih mudah untuk diikuti dan mesra pendengar.


"But i think, imej and karakter yang mereka bawa sudah memberi impak yang besar especially waktu itu TikTok or any dance challenge masih tak wujud. Kebanyakkannya mereka promote themselves dgn menghadiri variety show. So kita kerap melihat mereka through variety show dan dari situ kita rasa lebih mengenali mereka as they mostly show their true character," ujarnya.


Sumber: Woolim Entertainment


Nostalgia kenangan zaman sekolah


K-Pop yang dikenali sebagai genre muzik pilihan remaja dan pelajar sekolah kerana imej mereka yang segar dan mempunyai karakter tersendiri. Bagi peminat generasi kedua ini sudah tentu era tersebut mendatangkan pelbagai nostalgia lama kenangan bersama rakan-rakan.


Liyana Syahirah, 23, yang merupakan seorang Inspirit (peminat kumpulan Infinite), berkongsi perasaan teruja dengan kehadiran semula Infinite dengan album terbaharu. Ketika berada di Tingkatan 1, Liyana mula meminati kumpulan Infinite yang ketika itu mengeluarkan album bertajuk 'Back' melalui platform penstriman Joox dan Youtube.


“Saya rasa bahagia, suka sebab artis kesukaan saya yang dulu kembali semula dengan lagu baru. Happy lah dapat dengar mereka nyanyi semula as a group,” katanya.


Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu turut berkongsi memori bersama rakan-rakan yang mula rapat disebabkan mempunyai minat yang sama.


“Waktu itu saya dengar Infinite dengan kawan saya, and sejak itu kami dengar lagu yang sama kami makin rapat. Jadi pada saya K-Pop waktu itu memang boleh rapatkan hubunganlah.


“Generasi kedua mempunyai nostalgia yang tersendiri, macam kalau dengar lagu yang lama-lama rasa macam kita back to our old days. Kalau sekarang punya generasi ni okay je tapi yang dulu lagi bermakna. Lagi satu lagu mereka punya durasi yang panjang. Tapi sekarang lagu pun ada yang tak sampai dua minit. So rasanya itulah beza generasi dulu dengan sekarang,” ujarnya kepada Nadi Bangi.


118 views4 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page