top of page
  • Writer's pictureKiranraj Perupathy

Hari Interaksi PMI mengeratkan hubungan sesama pelajar india UKM

Penulis: Kiranraj Perupathy

Penyunting: Nurnabila Huda

Sumber Gambar: Nadi Bangi


BANGI, 13 Nov - Persatuan Mahasiswa India telah menganjurkan satu acara Hari Interaksi untuk pelajar baharu berbangsa India yang mendapat sambutan yang baik daripada pelajar tahun 1 dengan pelbagai aktiviti diadakan di Pusanika, UKM.


Hubungan antara pelajar baru dan pelajar lama merupakan satu amalan yang sangat penting. Hari Interaksi yang diadakan oleh PMI telah memberi banyak manfaat kepada pelajar seperti berkenalan dengan pelajar baru dan pelajar lama, berkongsi pendapat antara satu sama lain dan yang paling penting adalah mengeratkan hubungan sesama pelajar sekaligus dapat membina persahabatan baru antara pelajar melalui pelbagai aktiviti yang diadakan dalam acara tersebut.


Program ini dihadiri oleh 44 orang pelajar UKM dari fakulti lain seperti Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK), Fakulti Sains & Teknologi (FST) dan sebagainya.


Menurut ketua projek, Deepalakshmi Manickam, 21, pelajar FSSK, beliau berkata program ini dilaksanakan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar dan hubungan itu dapat membantu antara satu sama lain sepanjang pengajian di UKM dengan berkongsi pengalaman.


“Motif hari interaksi ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara pelajar lama dan pelajar baru. Hari Interaksi PMI juga merupakan platform bagi pelajar baharu untuk mendedahkan bakat mereka dan mendapat pendapat tentang pengalaman pelajar lama,” kata Deepalakshmi.


Deevan Raj Padmanathan, 22, pelajar tahun 2 FSSK yang merupakan peserta acara ini berkata, beliau menyertai acara ini untuk mengenali peserta-peserta India yang lain untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain.


“Saya juga dapat ramai rakan dan juga dapat mengenali pelajar lama fakulti dan saya berpuas hati dengan program yang diadakan. Selain itu, saya juga mengharapkan untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang akan datang seperti lawatan, makan bersama dan sebagainya,” kata Deevan Raj.


Di samping itu, pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang acara tersebut berlangsung seperti perbahasan, berlakon, menyanyi dan sebagainya untuk mencungkil bakat pelajar tahun 1. Jamuan juga disediakan kepada para peserta supaya mereka dapat menjalankan aktiviti dengan bertenaga. Para peserta juga berasa gembira menyertai Hari Interaksi yang diadakan oleh PMI.


Selain itu, Sharmela Sevanathan, 22, pelajar tahun 3 FEP yang merupakan fasilitator bagi acara ini mengatakan bahawa beliau dapat mengenali pelajar-pelajar baru di UKM dan juga dapat melihat bakat mereka.


“Saya dapat bergaul dan berkawan dengan ramai orang dan dapat mengenali ramai pelajar yang baru memasuki universiti. Tambahan pula, saya juga berharap program ini dapat berjalan dengan baik pada masa hadapan dan para pelajar juga bergaul dan tolong menolong antara satu sama lain,” kata Sharmela.


Akhir kata, Hari Interaksi PMI merupakan permulaan hubungan antara pelajar baru dan pelajar lama berbangsa India. Hubungan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar baru seperti mereka boleh mendapatkan nota, pengalaman dan sebagainya. Hubungan dalam kaum perlu dikukuhkan supaya hubungan antara kaum dapat diwujudkan.


17 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page