top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

HASCUP 2020 Tampilkan Pembaharuan

Oleh : Farahin Fadzil

Penyunting : Fatihah Roslan



Jurufoto : Farahin Fadzil


BANGI, 8 Mac – Kejohanan Badminton Piala Tun Dr Hasmah Mohamad Ali ( HASCUP ) yang diadakan di Dewan Gemilang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 6 Mac sehingga 9 Mac yang lalu telah menganjurkan kategori beregu campuran buat kali yang pertama selepas 7 tahun penganjurannya.


HASCUP merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Sukan dan Rekreasi, Majlis Eksekutif Pelajar , Kolej Keris Mas (KKM) yang berpegang kepada objektif untuk melahirkan mahasiswa yang aktif dalam sukan serta memupuk sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar kolej itu sendiri sebagai penganjur kejohanan tersebut.


Menurut Profesor Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan , Prof. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman berkata, Kejohanan Badminton Piala Tun Dr Hasmah Mohamad Ali merupakan platform batu loncatan kepada mahasiswa untuk terus maju dalam bidang sukan terutamanya dalam sukan badminton.


“Kejohanan ini mampu melahirkan ramai atlet dalam kalangan mahasiswa yang menjadi aset berharga kepada negara” .


Dalam perkembangan lain, beliau turut mengucapkan ribuan tahniah kepada pihak urusetia program yang terdiri daripada kalangan pelajar KKM dan menyeru mereka agar merebut sebanyak pengalaman yang mungkin sepanjang menguruskan kejohanan ini .


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Badminton Piala Tun Dr Hasmah Mohamad Ali ( HASCUP ) .


Ketua Pengarah HASCUP 2020, Muhammad Syafiq Bin Othman ( Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi, 2 ) berkata bahawa pelbagai pengalaman baharu yang ditimba sepanjang menjalankan tugas sebagai ketua pengarah bagi program tahunan ini.


“ Saya dapat belajar bagaimana untuk membuat sesuatu keputusan dalam masa yang singkat di samping menjamin kelangsungan program dengan jayanya.


“HASCUP pada kali yang ke-7 ini juga dilakukan di Dewan Gemilang UKM selepas 3 tahun berturut-turut diadakan di Dewan Besar KKM sejak tahun 2016 sehingga 2019”.


Hal ini berikutan pertambahan kategori baharu iaitu beregu campuran yang memerlukan lebih banyak court untuk memberi laluan kepada banyak perlawanan yang akan berlaku dalam waktu yang serentak.


Seramai 108 beregu telah berentap antara satu sama lain untuk merebut gelaran juara dalam kejohahanan ini . Juara bagi kategori beregu lelaki telah disandang oleh Alif Hakimi Bin Abd Hisham dan Irwan Zekry Bin Wahyudi manakala juara bagi kategori beregu campuran telah dimenangi oleh Azizan Md Ariffin dan Tan Chew Ping.


HASCUP pada kali ini diadili oleh pengadil dari Persatuan Badminton Malaysia ( BAM ) sendiri bagi memastikan peserta mempunyai kualiti yang tinggi dari segi permainan.

65 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page