top of page
  • Writer's pictureZurain Syahira

Hidup berbekalkan RM 2, Pak Cik TBS terima sinar mula hidup baru

Penulis: Zurain Syahira Penyunting: Yasmin Alyaa

Sumber: Suara Merdeka


KUALA LUMPUR, 31 Mei - Seorang lelaki warga emas raih simpati netizen seluruh Malaysia selepas satu video yang merakamkan tindakan lelaki tersebut tular di media sosial TikTok.

Ini susulan video yang dimuat naik seorang wanita dalam lingkungan 20 tahun yang menjumpai individu tersebut di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada 30 Mei. Rakaman tersebut mendapat hampir 1 juta tontonan di TikTok dan kemudian dibawa ke platform Twitter dan mendapat perhatian banyak pihak termasuk Ustaz Ebit Lew.


Beliau dipercayai bergerak ke ibu negara Kuala Lumpur menaiki bas dari Sintok, Kedah untuk mencari pekerjaan akan tetapi ditolak banyak pihak. Dengan berbekalkan wang yang terhad, beliau meneruskan kehidupan dengan simpati dan bantuan orang ramai.


“Kami menjumpai beliau ketika sedang makan di restoran di dalam TBS, dan mendekatinya. Beliau kemudian menceritakan bahawa beliau merantau jauh dari Kedah untuk mencari kerja di Kuala Lumpur akan tetapi ditolak banyak pihak disebabkan faktor umur,” kata Maisarah, 22 tahun ketika di temubual.


Menurut Taufiq, 24 tahun, warga emas berumur 70-an tersebut sudah lama berada disitu namun masih tiada hala tuju dek kerana usia dan fiziknya yang terhad. Beliau hanya berbekalkan wang tiket pergi dan kemudian sekarang terbiar tanpa arah tuju.


Individu berumur terbabit mendapat perhatian netizen dan dibantu oleh penceramah serta aktivis terkenal, Ebit Lew. Beliau dibawa ke rumah yang disediakan kira-kira jam 11 malam semalam.


“ Saya sudah beberapa bulan tidur di sekitar sini dan hanya akan makan sekiranya diberikan makanan atau wang dari orang luar. Selepas membeli tiket ke sini saya hanya hidup berbekalkan RM 2 dan simpati orang. Ada yang membawa saya ke Pusat Zakat tapi mereka hanya memberi saya RM10 untuk membeli makanan. “


“Walaupun saya diberi ujian berat sebegini, saya masih didatangi oleh orang-orang baik di sekeliling saya dan ditawarkan pelbagai bantuan termasuk makanan dan pakaian. Ada yang memberikan saya jubah dan juga pakaian harian untuk memastikan saya selesa termasuk pakaian yang saya pakai sekarang juga merupakan pemberian orang.


“Saya juga pernah diberi peluang menjejakkan kaki di Mekah dengan bantuan individu yang tidak dikenali dan alhamdulillah diberi kesempatan melakukan ibadah suci tanpa mengeluarkan apa-apa wang,” kata Nordin, 72 tahun ketika dalam perjalanan bersama Ustaz Ebit Lew.


Ebit Lew dalam satu kenyataan menerusi lintas langsung di TikTok semalam, mengatakan bantuan akan diberikan kepada pak cik Nordin termasuk tempat tinggal dan keperluan bulanan.


39 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page