top of page
  • Writer's pictureNorFara Faziera Razali

Inovasi Batik Tanah Liat Hiasi Dunia Fesyen

Penulis: Norfara Faziera Moh Razali

Penyunting: Siti Syazreen Mohd Mahdzim


Sumber Foto: Berita Harian


Penggunaan tanah liat sebagai bahan bagi menggantikan lilin di dalam proses membuat lakaran motif batik dianggap alternatif penghasilan batik yang lebihjimat dan mudah dikendalikan. Jika sebelum ini tanah liat hanya digunakan di dalam kraf tangan seperti tembikar dan seramik namun inovatif baharu ini dijangkamenjadi aliran dalam perkembangan fesyen di tanah air ini.


Sumber Foto: Bernama


Usahawan Batik Clay, Nur Nabihah Zakaria daripada Kota Bharu, Kelantan telah lama berkecimpung dalam industri batik namun pada awal tahun ini beliau telah mencuba kaedah batik tanah liat ini selepas menyertai kursus yang dikendalikan Kraftangan Cawangan Perak.

"Walaupun kaedah ini inovasi terbaru, elemen tradisional masih dikekalkan dari segi motif dan reka bentuknya. Cuma ia melalui proses yang lebih praktikal, mudah dan senang dipelajari.

"Bagaimanapun, ia perlu sukatan campuran yang betul untuk membuat adunan tanah liat itu untuk kegunaan batik clay," katanya.


Bagi Asmaeyah Sihabuddin, guru pembimbing Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Lenggong, Perak berpendapat bahawa penggunaan tanah liat lebih selamat berbanding dengan penggunaan lilin panas yang membahayakan keselamatan kepada pekerja dalam kalangan golongan orang kelainan upaya (OKU)


“Teknik terbaharu penggunaan tanah liat dibancuh dengan air dan gam dijangka akan dapat menghasilkan produk batik yang pertama untuk dipasarkan pada bulan depan,” katanya.


Sumber Foto: L manimaran


Penggunaan teknik tanah liat ini dapat mengurangkan kos dan masa malah tidak memerlukan pekerja mahir untuk melakukannya kerana dengan sedikit kreativiti dan minat, nescaya hasil lakaran yang dihasilkan akan cantik dan unik. Proses batik ini juga dapat dilakukan dengan suasana yang selamat tanpa perlu berdepan bahang api seperti teknik campuran lilin dan damar.


Batik Clay Tingkat Potensi Perusahaan Batik

Sumber Foto: Juhannis Hj Idris


Inovasi penghasilan batik clay yang telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Negeri Perak (Kraftangan Perak) dilihat mempunyai potensi yang baik dalam bidang perusahaan batik di Malaysia.


Pengusaha batik, Normah Ali berkata bahan alternatif yang digunakan bagi menghasilkan batik clay dapat menjimatkan masa, kos, mesra alam serta mudah dikendalikan.


“Pendedahan yang diberikan oleh pihak Kraftangan Perak menerusi bengkel yang dianjurkan amat membantu usahawan tekstil serta peserta komuniti mempunyai minat dalam mengusaha serta memasarkan batik clay.

“Sehingga hari ini, banyak permintaan bagi mendapatkan batik clay, selain turut menerima tempahan dari luar negeri Perak termasuk figura terkenal tanah air,” katanya.


Sumber Foto: Ani Awang


Sementara itu, Penyelaras Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Perak, Zamri Mat Said berkata sebanyak 14 orang golongan orang kelainan upaya (OKU) dilatih di PDK berkenaan agar dapat menghasilkan produk batik sebagai sumber pendapatan mereka sendiri. Beliau berkata anak-anak istimewa mempunyai potensi yang cerah apabila dilatih dan diberikan bimbingan untuk memajukan dan mengetengahkan kraftangan batik oleh itu, setiap ibu bapa yang mempunyai anak istimewa sewajarnya memberikan dorongan serta sokongan mereka boleh mendapatkan latihan kemahiran demi masa depan mereka. PDK Perak ini menjual baju batik mereka bermula dengan harga RM25 hingga RM120 manakala RM70 shingga RM180 buat tengkolok mereka. “PDK Lenggong antara yang aktif dalam menghasilkan produk berasaskan batik seperti baju, baju-T, kurta, tudung, kurung Kedah dan tengkolok yang turut dijual secara dalam talian serta mendapat permintaan yang menggalakkan,” katanya.

Keretapi Sarong Pupuk Kecintaan Batik Dalam Generasi Muda Pada era globalisasi serta perkembangan dunia fesyen yang semakin meluas ini, ramai generasi muda mula terpengaruh dengan trend-trend fesyen yang mula mempelopori cara pemakaian mereka. Namun dengan kewujudan acara seperti Keretapi Sarong yang bukan sahaja menyemarakkan budaya dan rakyat Malaysia sekaligus mengangkat elemen batik dan pelikat sebagai tema utama dalam acara ini.


Sumber Foto: Astro Awani


Keretapi Sarong mula pada awalnya dikelolakan oleh 'Random Alphabet' pada 2012 yang membabitkan ribuan peserta menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarung sama ada batik atau pelikat yang menjadi simbol kebudayaan dan warisan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Namun acara tersebut dihentikan pada sekitar 2015-2016 atas beberapa faktor tertentu.


Sumber Foto: Facebook Locco


Pada 2017, hak penganjuran acara ini kemudiannya diambil alih oleh badan bukan kerajaan (NGO) LOCCO, yang bermatlamat mempamerkan keunikan Malaysia. Pada tahun ini Keretapi Sarong memaparkan pelbagai tarikan yang menarik. Acara flash mob atau persembahan kilat berkumpulan Keretapi Sarong 2022 telah menyemarakkan sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu dengan tema 'Retro Kuala Lumpur', selepas dua tahun tergendala susulan penularan Covid-19.


Sumber Foto: TheStar


Pada tahun ini Keretapi Sarong telah dihadiri 10,000 peserta yang masing-masing hadir dengan memakai busana yang bertemakan batik. Pelbagai aktiviti telah dilakukan seperti nyanyian lagu rakyat, tarian tradisional (Joget Lambak), permainan tradisional, persembahan, kuiz, dan beberapa pertandingan yang berlangsung di stesen dan lokasi akhir. Keretapi Sarong telah membuktikan bukan sahaja kesatuan rakyat Malaysia malah acara ini juga telah memartabatkan khazanah batik yang ada di negara kita.








108 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page