top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

ISIUKM JAYAKAN SINGGAH SAHUR 2.0

Penulis :Adita Ningsih Welas Asih

Penyunting : Emieza Saleh


Sumber : Facebook ISIUKM

BANGI, 28 Mei : Lajnah dakwah dan penerangan Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) telah berjaya menjalankan projek singgah sahur 2.0 pada 22 Mei 2019 seawal jam 4.15 pagi.


Singgah Sahur 2.0 merupakan projek anjuran ISIUKM yang memberi bantuan makanan pada waktu sahur secara percuma kepada seluruh pelajar UKM. Bantuan ini diberikan kepada 150 pelajar yang terawal berjaya mengisi link yang disebarkan melalui Whatsapp.


Menurut Ahli Jawatan Kuasa, Aqila Nordin (Sarjanamuda Syariah & Undang-Undang) beliau berkata “Projek ini diadakan untuk berkongsi sekaligus membuat amal kebajikan di bulan ramadhan”.


Terdapat sukarelawan projek ini yang terdiri daripada Ahli ISIUKM yang bertugas untuk mengagihkan makanan dari pusat ke setiap kolej-kolej di UKM. Mereka juga menghantar makanan tersebut terus ke depan pintu bilik.


Menurut Nurul Farhana (Sarjanamuda Komunikasi Media) salah seorang penerima sahur ini, “Projek ini memberi kebaikan terutamanya kepada pelajar yang kekurangan wang serta dapat menjimatkan wang apabila sudah di hujung sem”.


“Projek ini sedikit banyak membantu para pelajar. Oleh itu, saya harap projek seperti ini akan berlanjutan pada masa yang akan datang” kata Nurul Adila (Sarjanamuda Bahasa Melayu).


Sebelum ini, ISIUKM bersama GAMIS juga telah menganjurkan projek Singgah Sahur 1.0 yang dilakukan di sekitar kawasan di kawasan Bangi, Selangor.

40 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page