top of page
  • Writer's pictureSharifah Nurhanni Fasihah Wan Narudin

JOM CNY Anjuran IOJ Tidak Kecualikan Anak Pelarian

Penulis: Sharifah Nurhanni Fasihah Wan Narudin

Penyunting: Siti Kamariah Sujeno


Sumber Foto: Nadi Bangi


KUALA LUMPUR, 22 Jan – Pelajar dari pusat pembelajaran pelarian Malaysia Karen Organization Learning Center (MKOLC) antara 200 tetamu yang hadir pada program JOM CNY untuk tahun ke-8, yang diadakan di Anjung Kembara, Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.


MKOLC merupakan salah satu tempat pembelajaran pelarian yang memberi pendidikan awal kepada kepada anak-anak pelarian berasal dari Myammar di bawah naungan Malaysia Karen Organization (MKO).


Cing No, 37, tenaga pengajar di MKOLC berkata kanak-kanak berusia 5 hingga 7 tahun ini berasa teruja untuk datang ke program JOM CNY.


“Saya sendiri sangat gembira dan amat menghargai jemputan dari syarikat yang memberi tajaan kepada kami untuk sama-sama memeriahkan program hari ini,” katanya.


JOM CNY merupakan sambutan Tahun Baru Cina anjuran Institusi Onn Ja’afar (IOJ) bersama penghuni Anjung Kembara, kanak-kanak kurang bernasib baik dan golongan asnaf di sekitar Kuala Lumpur.


Pengarah IOJ, Charles Mohan berkata selain memberi keceriaan di Tahun Baru Cina, JOM CNY turut diadakan bagi memastikan golongan kurang bernasib baik diberi perhatian agar mereka tidak merasa tersisih sekaligus melambangkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.


“Program pertama kali bersama MKO adalah sebagai satu pendekatan kepada mereka untuk melihat sendiri apa antara program atau aktiviti yang kami jalankan supaya mereka mudah berkolaberasi masa akan datang,” katanya.


JOM CNY yang bermula pukul 8.45 pagi dan selesai kira-kira pukul 10.30 pagi ini turut mendapat kerjasama dari Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Program JOM CNY turut dibantu oleh 20 sukarelawan dari Persatuan Mahasiswa Anak Selangor (PERMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM.



21 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page