top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kedai Buku Popular Di Komtar Bakal Ditutup

Penulis: Audrey Tung

Penyunting: Ghirija Muthu

Sumber: Google


GEORGETOWN, 15 Nov – Selepas 30 tahun beroperasi, kedai buku Popular di tingkat dua Komtar berhampiran dengan pintu masuk kompleks di Lebuh Tek Soon mengadakan jualan pelepasan sebagai langkah terakhir bagi menghentikan operasi pada hujung bulan November akibat pandemik Covid-19.

Selain cawangan di Komtar, terdapat lima lagi kedai buku Popular di Pulau Pinang iaitu di Aeon Mall Bukit Mertajam, Sunway Carnival Mall, Lotus’s Penang, Gurney Plaza dan Queensbay Mall.


Namun begitu, kedai Popular di Komtar adalah paling ikonik kepada rakyat Pulau Pinang, terutamanya netizen yang tinggal di kawasan Georgetown.

Dengan genre yang berbeza seperti fiksyen, bukan fiksyen, buku teks, buku ulang kaji, buku kanak-kanak tersedia dalam bahasa Inggeris, Cina dan bahasa Melayu, Popular merupakan kedai buku yang terkenal bagi kebanyakan rakyat.


Ramai netizen Georgetown telah mengambil peluang dengan mengunjung ke kedai buku Popular di Komtar sepanjang jualan pelepasan yang diadakan sebelum penutupannya supaya menyimpan kenangan terakhir.

“Apabila saya melihat berita kedai buku itu kena ditutup, saya sebenarnya agak terkejut. Kerana saya sering datang ke kedai buku ini dengan ibu bapa saya untuk membeli buku rujukan sejak sekolah rendah, dan kemudian saya akan pergi ke sana dari semasa ke semasa selepas sekolah ketika di sekolah menengah.


Selain itu, saya amat suka membaca buku, jadi ini adalah tempat yang saya kenal sejak kecil kerana akan datang untuk membeli buku. Sekarang perniagaan kedai buku terjejas akibat wabak itu, sayang sekali kedai buku ini akan menutup perniagaannya. Jadi saya akan pergi untuk memberi sokongan kepada jualan pelepasan yang terakhir sebelum ia tertutup”, kata seorang pelanggan kerap kedai buku, Shannon Tan.

“Saya rasa sebagai penangites, kami berkongsi kebanggaan yang sama dalam banyak perkara termasuk makanan jalanan dan mercu tanda termasuk kedai buku Popular di Komtar.


Kedai ini adalah tempat yang selamat untuk ramai pencinta buku dari semua lapisan masyarakat, saya juga selalu pergi ke Popular di komtar sejak belajar di sekolah menengah. Lokasi kedai buku ini juga amat berdekatan dengan rumah saya memang mempermudah untuk membuat pembelian barang”, kata seorang netizen, Lau Li Ling.

Seorang lagi netizen Seah Bee Lay juga berkata “Tidak dinafikan bahawa wabak itu telah menjejaskan seluruh kehidupan dan mata pencarian kita. Memandangkan perniagaan berjuang untuk terus bertahan di tengah-tengah pandemik, memulakannya dalam norma baharu juga tidak mudah. Kami telah melihat banyak pertubuhan menjadi mangsa wabak itu. Salah satunya ialah kedai buku Popular ikonik Pulau Pinang di Komtar yang akan menghentikan operasinya.”



56 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page