top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kemeriahan Di Eco Galleria Sempena Sambutan Hari Natal 2021

Penulis: Nurul Syahira Binti Jais

Penyunting: Lim Zhi Ying

Sumber: Facebook


NUSAJAYA, 14 Dis – Sebuah acara yang dinamakan ‘Christmas Bazaar’ sempena bulan perayaan Hari Natal dan sambutan Tahun Baru yang diadakan di Eco Galleria, Iskandar Puteri telah mendapat sambutan meriah dari orang ramai.


Bazar ini telah menghimpunkan pelbagai vendor-vendor yang menjual beraneka makanan cina, aksesori wanita, pakaian berfesyen, pakaian kanak-kanak, kios bergambar dan banyak lagi. Khas untuk pengunjung yang beragama Islam, terdapat juga satu vendor makanan oleh orang melayu.


Terdapat juga festival salji iaitu ‘Indoor Summer Snow Slide’ yang dibuka kepada orang awam. Orang ramai yang hadir begitu bersemangat beratur membeli tiket untuk merasai sendiri suasana sejuk di situ.


Bangunan putih tersebut dihiasi dengan pokok Krismas besar yang berketinggian 60 kaki, juga didendangkan dengan muzik tema Krismas dan lampu-lampu perhiasan yang terang benderang menjadikan Eco Galleria menjadi tumpuan terutamanya pada waktu malam.

Terdapat juga taman yang dihiasi 15,000 bunga ros LED yang diinspirasikan dari ‘Garden of Light’ di Dongdaemun, Korea. Pengunjung yang hadir tidak lekang mengambil foto dan video sebagai kenangan dan ada yang terus kongsikan ke sosial media masing-masing.


Terdapat banyak sudut yang berkonsepkan Hari Natal dan tempat yang ‘instagramable’ dijadikan tempat bergambar buat pengunjung. Sudut bergambar yang diinspirasikan dari filem korea “Squid Game” antara yang ramai hadir untuk bergambar.


Acara ‘Christmas Bazaar’ ini merupakan kali kedua diadakan selepas pandemik Covid-19 dan sebelum ini pernah diadakan pada 2019.


Bazar ini telah berlangsung dari 3 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022 bermula dari jam 10 pagi hingga 11 malam. Oleh itu, ramai mengambil kesempatan ini dengan hadir ke sana untuk memeriahkan suasana sambutan Hari Natal pada 25 Disember ini.


Sungguhpun pengunjung yang datang ke situ tidak putus-putus tetapi SOP masih dijaga dengan adanya pengawalan dari polis bantuan sepanjang pekarangan Eco Galleria.


Wartawan Nadi Bangi sempat menemuramah pemilik vendor dan juga pengunjung tentang acara ‘Christmas Bazaar’ yang diadakan sejak hari pertama di situ.


“Setiap hari tempat ini ada ramai orang datang. Saya rasa mereka dapat tahu pasal ini tempat dari Facebook dan Instagram. Makanan saya juga selalu ada orang beli dan malam mesti akan habis. Saya sangat excited sebab saya pun akan menyambut Krismas,” kata pemilik vendor makanan, Jia Li, 35.


“Ini kali pertama saya jejak ke Eco Galleria dan saya singgah sebab dari luar dah nampak meriah. Saya ingat kat sini hanya orang bukan muslim yang datang tapi ramai juga orang melayu. Nasib baik ada jualan makanan melayu, saya pun nak makan kat sini,” kata Nadiah, 20, yang merupakan pengunjung di situ.


“Saya ajak kawan-kawan datang sebab saya nampak ada orang post di Instagram jadi kami terus ke sini. Banyak foto kami cantik-cantik dan paling saya suka sebab makanan yang jual kat sini sedap dan tak mahal sangat” kata pengunjung Bee Xinyie, 22.

66 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page