top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kerajaan Negeri Sabah Memutuskan Tiada Bazaar Ramadhan Tahun Ini

Oleh: Ain Natasha

Penyunting: Hazwani Syairah


Sumber: Twitter Sabah Covid


KOTA KINABALU, 8 April – Kerajaan Negeri Sabah mengumumkan bahawa tiada bazaar Ramadhan yang dibenarkan beroperasi sepanjang Ramadhan tahun ini berkuatkuasa pada 13 April ini sehingga 13 Mei.


Keputusan tersebut dipersetujui dalam sidang media yang dilakukan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun ekoran daripada kes jangkitan Covid-19 di negeri tersebut semakin meningkat dan amat membimbangkan. Menurutnya, muncul beberapa kluster baharu yang berpunca daripada majlis sosial dan keramaian yang dilakukan tanpa prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan masyarakat di Sabah. Rata-rata masyarakat yang hadir ke majlis sosial tidak mematuhi perintah SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Pemakaian pelitup muka dan sanitasi tangan adalah sangat digalakkan ketika musim pandemik ini.


Beliau turut berkata, kerajaan negeri juga bersetuju untuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) di beberapa daerah di Sabah kerana tahap pematuhan SOP dalam kalangan masyarakat masih berada di tahap yang rendah. Sehingga hari ini, terdapat beberapa daerah yang telah ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Kampung Lebak Moyoh dan Kota Belud yang telah dijadualkan tamat pada 8 April 2021. Susulan daripada itu, tiga daerah di Sabah yang mencatatkan pertambahan kes Covid-19, iaitu Tawau, Lahad Datu dan Tuaran. Enam daerah yang kekal di zon merah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Kunak, Keningau dan Kinabatangan.


“Kes indeks positif yang disahkan apabila seorang guru besar di Tawau menghadiri majlis kenduri kahwin ahli keluarganya di beberapa lokasi yang berlainan. Antaranya Taman Rich Park dan Taman Ria Tawau. Guru tersebut disahkan positif apabila telah melakukan pemeriksaan kesihatan pada 1 April baru baru ini".


Menurut sumber Harian Metro, guru yang positif Covid-19 tersebut dijangkiti setelah menghadiri ke sebuah majlis kenduri kahwin di sebuah hotel yang terkemuka yang melibatkan seramai 200 orang kehadiran tetamu.


“Sehingga hari ini, sebanyak 55, 294 kumulatif kes Covid-19 di Sabah dan sebanyak 399 kes kematian yang dilaporkan".


Namun, susulan daripada kes ini muncul beberapa kluster Belacon yang berpunca daripada petugas gereja warga asing di Lahad Datu baru-baru ini. Menurut Datuk Masidi, “Kes ini berpunca daripada petugas gereja yang berasal dari Tawau yang mempunyai kontak rapat". Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan seramai 248 individu yang mengingkari prosedur operasi standard (SOP) secara sengaja.


Oleh itu, inisiatif yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Sabah adalah sebagai usaha untuk mengawal penularan jangkitan wabak penyakit Covid-19 yang semakin menular di negeri tersebut. Rakyat harus cakna dan sentiasa mematuhi arahan pihak kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 di negeri ini.


Tambah beliau, Datuk Masidi Manjun telah memberi peringatan kepada individu yang melanggar perintah SOP secara sengaja yang melibatkan majlis sosial dan keramaian di daerah PKP akan dikenakan kompaun serta merta dan tiada kompromi.


Berikutan daripada kes penularan tersebut, aktiviti pengesanan kontak rapat giat dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Sabah. Meskipun, suasana menyambut Ramadhan bagi negeri Sabah pada tahun ini berbeza dengan negeri yang lain. Namun keputusan yang dilakukan adalah muktamad.

448 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page