top of page
  • Writer's pictureNur Farzana Nafiz

Kesedaran Pengantunan Kanak-kanak di Kalangan Ibubapa

Penulis: Farzana Nafiz

Penyunting: Nurfaizatul Huda Ahmad

Dua dari kiri kanak-kanak kecil perempuan memegang anak patung beruang dalam gear ala ikatan (bondage-style gear) dalam pengiklanan koleksi Spring/Summer 2023 Balenciaga

Sumber foto: Google


Baru-baru ini, jenama icon fesyen terkenal Balenciaga telah tular dengan kontroversi kempen pengiklanan yang tidak bermoral dengan menggunakan kanak-kanak kecil sebagai model yang menyimbolkan seakan-akan pengeksploitasian atau pornografi kanak-kanak yang telah menyebabkan jenama tersebut diboikot oleh orang ramai.


Perkara seperti ini sudah tidak asing lagi bagi kita namun, persoalannya adakah ibubapa tahu tanda-tanda jika anak-anak mereka telah diantun (grooming)?


Menurut UNICEF, kajian mendapati bahawa 100,000 kanak-kanak di Malaysia menghadapi eksploitasi seksual dalam talian yang berumur antara 12 dan 17 pada tahun ini.


Era kepesatan teknologi ini telah menyebabkan kanak-kanak ingin meneroka benda baharu lebih-lebihan lagi di Internet yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tidak mengira peringkat umur.


Pengantunan kanak-kanak tidak semestinya boleh berlaku secara fizikal sahaja malah jenayah ini juga boleh berlaku secara atas talian. Kanak-kanak yang masih kecil atau mentah mungkin tidak tahu bahawa mereka telah dieksploitasi atau dimanipulasikan oleh pelaku dan di sinilah ibubapa memainkan peranan yang penting untuk mendidik dan memantau anak-anak mereka.



Mengesan tingkah laku pelaku yang berpotensi


Pengantunan kanak-kanak adalah proses yang disengajakan dimana pesalah secara beransur-ansur memulakan dan mengekalkan hubungan seksual dengan mangsa secara rahsia yang boleh menyebabkan mangsa itu diantun tanpa sedar.


Pelaku boleh menyasarkan dan mengeksploitasi kelemahan kanak-kanak yang dilihat termasuk dari segi keperluan emosi, pengasingan, pengabaian, kehidupan rumah seharian yang hura-hara atau kekurangan pengawasan ibubapa. Pesalah akan memberi perhatian yang lebih atau memberi keutamaan kepada kanak-kanak tersebut bagi mendapatkan kepercayaannya.


Seterusnya, pelaku tersebut akan berusaha untuk mendapatkan kepercayaan ibubapa atau penjaga untuk mengurangkan syak wasangka dan mendapatkan akses kepada kanak-kanak dengan memberikan sokongan dan perhatian yang kelihatan mesra. Setelah mendapat akses dan maklumat tentang kanak-kanak itu, pelaku akan mengenali keperluan mereka dan cuba mencari jalan untuk memenuhi keperluan tersebut.


Sebaik sahaja pelaku mula memenuhi keperluan kanak-kanak, mereka akan mula menganggap diri mereka penting dalam kehidupan kanak-kanak tersebut. Taktik yang sering digunakan adalah dengan pemberian hadiah, sanjungan, pemberian wang dan memenuhi keperluan asas yang lain serta peningkatan perhatian dan kasih sayang terhadap kanak-kanak yang disasarkan.


Selain itu, pelaku akan mula menggunakan taktik pengasingan untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan kanak-kanak dengan mewujudkan situasi mereka bersendirian seperti mengadakan kelas khas atau membawa keluar berduaan.


Hal ini akan memupuk perasaan kepada kanak-kanak tersebut bahawa mereka menyayangi dan memahami kanak-kanak itu dengan cara yang orang lain malah ibubapa mereka sendiri tidak beri. Ketika itu, pelaku akan mula memberitahu dan meyakinkan pada kanak-kanak tersebut bahawa tiada siapa yang mengambil berat tentang mereka seperti apa yang pelaku itu lakukan.


Setelah pergantungan emosi dan kepercayaan telah dibina, pelaku secara progresif akan mula membuat hubungan seksual dimana perkara ini boleh berlaku melalui percakapan, gambar atau fizikal. Pelaku akan mengeksploitasi perasaan ingin tahu dan kepercayaan kanak-kanak tersebut dengan menggunakan rangsangan untuk meneruskan sifat hubungan seksual.


Sebaik sahaja penderaan seksual berlaku, pelaku akan menyalahkan dan memberi ancaman kepada mangsa tersebut untuk mengekal hubungan itu dan mendiamkan diri.


Untuk mengukuhkan kawalan, pelaku akan memanipulasi emosi dengan membuat kanak-kanak itu percaya bahawa mereka sahaja yang boleh memenuhi keperluan mereka atau mengancam keselamatan diri serta keluarga mereka.



Tanda-tanda kanak-kanak diantun


  • Dalam hubungan dengan oramg yang lebih tua yang mempunyai perbezaan umur yang ketara.

  • mendapat hadiah seperti baju, barang keperluan, barang kemas atau barang berelektronik tanda sebarang penjelasan

  • Tidak mahu bercakap tentang pemberian hadiah itu daripada siapa

  • Tidak mahu bercakap tentang apa yang mereka lakukan dalam aktiviti harian atau berbohong mengenainya.

  • Memonteng kelas atau sekolah

  • Kurang meluangkan masa lapang dengan rakan-rakan atau menukar kelompok secara tiba-tiba

  • Mendapat banyak mesej daripada seseorang yang mereka kenal di laman web internet.

  • Tidak mahu ditemani atau orang lain berada di sekeliling apabila mereka bersama dengan teman wanita atau lelaki yang tertentu

  • Tidak lagi mahu berkongsi masalah atau perasaan


32 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page