top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

KESEPADUAN?

Penulis : Syahirah Zuhaimi

Penyunting : Emieza Saleh


Sumber : Google

Malaysia telah digemparkan oleh satu perhimpunan yang luar biasa iaitu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum(ICERD) dan djalankan di setiap negeri di Malaysia serta terdiri daripada bangsa melayu dek kerana ingin mempertahankan hak keistimewaan orang melayu. Sebahagian rakyat mengatakan bahawa sekiranya ICERD diratifikasikan maka tiada lagi keistimewaan orang melayu di negara ini dan negara ini bukan lagi negara Malaysia.


Rakyat mengatakan bahawa isu ICERD ini bercanggah dengan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, tetapi adakah mereka sedar bahawa hak keistimewaan orang melayu akan kekal? Bangsa melayu memikirkan bahawa dengan meratifikasikan ICERD ini mereka akan kehilangan kerja serta biasiswa-biasiswa yang ditaja.


Presiden Pertubuhan Pengamal Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Porguam), Noorazmir Zakaria mengatakan bahawa berdasarkan rekod, negara-negara Islam yang telah menandatangani ICERD ini termasuk Arab Saudi sehingga kini tidak pun berdepan dengan sebarang masalah dan masih mengamalkan undang-undang di negara mereka tanpa halangan. Di sini jelas mengatakan bahawa tiada sebarang masalah akan terjadi tetapi bangsa melayu tidak ingin berkongsi hak keistimewaan ini dengan bangsa lain kerana mereka memikirkan Malaysia merupakan Tanah Melayu pada zaman dahulu serta bagaimana pemimpin Tanah Melayu mempertahankan negara ini.


Tetapi adakah bangsa melayu juga lupa siapa yang telah menolong untuk membangunkan negara sehingga Malaysia telah bersaing di anatarabangsa? Tanpa kerjasama bangsa-bangsa yang ada di Malaysia, negara ini sudah pasti bukan negara yang maju. Bagaimana dengan nasib bangsa cina dan indi yang fakir miskin ingin mendapatkan bantuan sekiranya negara hanya ingin merealisasikan matlamat bangsa melayu?


Memetik kata dari akhbar UTUSAN Malaysia, Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Kamaruzaman Mohamad bahawa sesiapa yang ingin meratifikasikan ICERD merupakan seorang yang jahat dan licik kerana ianya cubaan untuk hapuskan Perkara 152, Perkara 153, Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan secara halus dengan tandatangan ICERD ini serta apabila ditandatangani, ia telah membuka ruang untuk mereka ‘usik’ perkara-perkara dalam Perlembagaan pula.


Himpunan bantah ICERD dijalankan bagi menunjukkan demonstrasi mereka terhadap menandatangani ICERD tetapi bangsa-bangsa lain tidak melakukan apa-apa himpunan untuk meratifikasikan ICERD kerana sekiranya terjadi, akan timbulnya perselisihan faham antara kaum serta dapat memburukkan imej Malaysia sebagai negara yang majmuk. Hanya kerana pemerintahan baru baru ini, Lim Guang Eng menjadi Menteri Kewangan Malaysia dan disebabkan pelantikan ini menjadi isu yang sangat sensitif disebabkan oleh ‘orang cina’ menjadi salah satu pemimpin yang terkuat di Malaysia.


Yang Amat berbahagia Tun. Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah memilih pemimpin yang beliau percaya dan mampu untuk memulihkan Malaysia daripada masalah yang dihadapi sebelum ini. Namun, Konvesyen ini tidak dipersetujui oleh banyak pihak dan tidak diratifikasikan oleh Perdana Menteri Malaysia.


Anda tidak sedar bahawa terdapat sebilangan kaum lain juga hidup dalam keadaan susah dan anak mereka ingin melanjutkan pelajaran tetapi tidak mendapat mana-mana tajaan atau biasiswa. Malaysia merupakan negara yang sedang membangun dan memerlukan pemimpin yang aktif dan hebat dalam melakukan apa sahaja tetapi hanya memberikan tempat tinggal dan sekolah adakah ia mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian mereka?


Apabila kerajaan meratifikasi ICERD, maka kebaikan paling penting yang akan diterima adalah penghapusan segala diskriminasi perkauman, agama, ras, keturunan, gender, fizikal, dan sebagainya yang akan memberi kebaikan kepada masyarakat Malaysia untuk hidup secara harmoni dan melayani setiap anggota masyarakatnya secara bermaruah dan berperikemanusiaan.


Isu diskriminasi dalam bidang pekerjaan, pendidikan, hak bersuara, hak keselamatan, kebebasan dan sebagainya tanpa mengira warganegara ataupun bukan warganegara tidak lagi timbul. Sesebuah masyarakat tidak akan dapat hidup harmoni sekiranya wujudnya unsur kebencian ataupun sikap tidak bertoleransi yang akan menimbulkan prejudis dan prasangka lalu menimbulkan suasana yang tidak aman.


Banyak kes yang berlaku sama ada dalam negara mahupun luar negara yang berakibat daripada amalan diskriminasi ini sehingga wujudnya ketidaktenteraman sosial. Oleh itu, , ratifikasi ICERD ini sebenarnya memberi lebih banyak kebaikan dalam memastikan setiap masyarakat menerima layanan secara sama rata tanpa diskriminasi agar mereka dapat hidup.

28 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page