top of page
  • Writer's pictureKuvineshwaren Nedunjelian

Kewujudan Makanan Tempatan Dalam Kawasan Yang Didominasi Makanan Antarabangsa

Penulis : Kuvineshwaren Nedunjelian

Penyunting : Muhammad Akmal Arfan Roslan


Sumber Foto: Nadi Bangi


Warung Nasi Kahwin Hari-Hari ini merupakan antara makanan tempatan yang berjaya bertahan di Bukit Bintang walaupun dikelilingi pelbagai makanan antarabangsa yang lain. Warung ini berlokasi di lorong, Jalan Berangan, Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Ia menjadi satu tarikan unik dimana sebuah warung yang menjual makanan tempatan berjaya memikat hati pelanggan sekaligus mengetengahkan identiti makanan tempatan Malaysia ke pelancong asing yang datang dari serata dunia. Kepelbagaian ini mencerminkan Bukit Bintang sebagai sebuah pusat makanan bagi penduduk tempatan dan pelancong asing kerana mereka mempunyai pelbagai pilihan makanan yang memberi mereka pengalaman berbeza.


Walau bagaimanapun, kepincangan wujud apabila makanan tempatan di kawasan Bukit Bintang terlindung disebalik bayangan makanan antarabangsa, justeru kurang memberi pengalaman budaya dan tradisi tempatan kepada pelancong asing serta warga Malaysia sendiri. Sebagai sebuah pusat tarikan pelancong di Kuala Lumpur, ia kurang mendedahkan pelancong kepada makanan asli tempatan. Rumah kedai di sekitar Bukit Bintang kebanyakannya menjadi rumah bagi restoran yang menjual makanan antarabangsa.


Nasi Kahwin Hari-Hari merupakan antara warung makanan yang menjual makanan tempatan iaitu Nasi Hujan Panas berserta pelbagai juadah lauk seperti ayam masak merah, daging masak hitam dan ayam madu atau lebih dikenali sebagai ‘Nasi Kahwin Utara’. Keunikan makanan yang berasal dari Utara Malaysia ini berjaya menawan hati masyarakat sekitar Kuala Lumpur. Oleh itu, kewujudan makanan tempatan ini dapat mengekalkan serta mempromosikan makanan dan budaya Malaysia kepada generasi muda tempatan mahupun pelancong.


Pelanggan yang datang ke warung ini akan makan di belakang lorong rumah sambil kereta, lori dan motosikal berlalu tetapi sekarang juga masih ada cuma disyorkan untuk makan di kedai baru mereka supaya lebih selesa. Waktu operasi kedai ini adalah dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 10.30 pagi hingga 5.30 petang.


Warung Nasi Kahwin Hari-Hari. Sumber Foto: Nadi Bangi


Menurut pemilik warung Nasi Kahwin Hari-Hari, Rudi Farique berkata mereka mula bertapak di lorong di Bukit Bintang pada tahun 2019 dan mereka menjaga kedai tersebut selama tiga tahun sebelum membuka kedai di belakang iaitu 15 tapak jalan dari gerai lama untuk ke sana. Di warung Nasi Kahwin Hari-Hari, mereka akan menghidangkan makanan tradisional Melayu klasik. Mereka cuba mengekalkan menu dan menyampaikan kepada generasi yang akan datang.


Menu utama warung Nasi Kahwin Hari-Hari

Untuk menu pula, ia sesuai dengan nama gerai mereka iaitu nasi kahwin, jadi mereka hanya menyediakan empat jenis lauk sahaja iaitu ayam rose terangkat, ayam madu dua, daging masak hitam dan kambing pasamah. Nasi semestinya nasi hujan panas disebabkan nama gerai pun nasi kahwin. Air sirap akan dapat secara percuma kepada semua pelanggan dan boleh isi semula berapa banyak kali pelanggan hendak. Ini merupakan keistimewaan bagi warung Nasi Kahwin Hari-Hari.


Menu hidangan utama Warung Nasi Kahwin Hari-Hari : Ayam madu, Ayam masak merah & Daging hitam. Sumber Foto: Nadi Bangi


Tujuan utama pelanggan datang ke kedai adalah kerana untuk merasa hidangan yang disediakan oleh warung Nasi Kahwin Hari-hari. Hal ini dikatakan demikian kerana nasi kahwin sendiri merupakan masakan yang selalunya dimasak oleh orang melayu sempena kenduri kahwin dan kebanyakkan akan masak menu-menu seperti ini. Tambahan lauk lain yang ada dalam menu Nasi Kahwin Hari-Hari ialah dalca, acar timun, ulam dan papadum. Tetapi mereka akan sediakan dalca, acar, ulam dan papadum ini dan asingkan supaya pelanggan boleh tambah sebagai menu tambahan.

Gerai di lorong hanyalah kedai yang biasa yang tanpa ada dapur. Mereka menyediakan menu nasi kahwin ini, bersama dengan air sirap. Manakala di kedai pula, memang sudah ada dapur sendiri dan dijadikan sebagai dapur utama. Apabila mereka memasak di dalam dapur kedai, mereka akan bawa makanan tersebut ke gerai mereka di lorong untuk dijual disana.


Dari lorong kedai ke memiliki restoran


Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari. Sumber Foto: Nadi Bangi


Warung Nasi Kahwin Hari Hari ini merupakan kedai makanan yang berkonsepkan gerai tepi jalan. Tetapi pada ketika ini, gerai tersebut sudah membuka cawangan baru di Jalan Beremi, Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu hanya di belakang gerai yang lama dan hanya 15 tapak jalan dari gerai lama untuk ke sana.


Pada awalnya, kedai ini dibuka di tepi jalan kerana sewa yang mahal di Bukit Bintang disebabkan ia merupakan kawasan utama di Kuala Lumpur. Ia agak susah untuk memiliki sebuah kedai berbanding dengan orang luar negara yang memiliki kedai yang banyak di kawasan yang sama.


Namun mereka kekal menjual di lorong kerana mahu mempromosikan Malaysian Street Food untuk semua termasuk pelancong dari luar negara. Selepas 2 hingga 3 tahun, ramai pelancong yang menikmati makanan tradisional yang dijualnya di samping lokal pun dapat sambutan yang meriah oleh semua. Street food ditekankan kerana ia adalah budaya kita.


Jadi, walaupun hanya sedikit sahaja gerai makanan tradisi Malaysia yang menjual makanan tempatan di tempat tersebut, tapi ia diterima dan digemari oleh ramai rakyat Malaysia dan juga pelancong luar negara. Nasi Kahwin Hari-Hari cuba untuk mengekalkan tradisi agar tidak dilupakan oleh rakyat tempatan.








64 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page