top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Konsert JJ Lin Sanctuary 2.0 gegar Stadium Bukit Jalil

Oleh : Liaw Jia Ying

Penyunting : Siti Norasikin Binti Ariffin



Sumber : Facebook JJ Lim

KUALA LUMPUR, 7 Dis - Konsert JJ Lin Sanctuary 2.0 World Tour yang dianjurkan oleh SGSME telah mengegarkan Stadium Bukit Jalil dengan dengan catatan seramai 40,000 peminat.


JJ Lin atau nama penuhnya Wayne Lim Jun Jie ialah seorang penyanyi, penulis lagu, pengeluar rekod, dan pelakon dari Singapura.


Beliau telah mengeluarkan 14 album selama 16 tahun dalam industri dan pernah menerima tiga Anugerah Golden Melody, termasuk anugerah Artis Baru Terbaik dan muncul sebagai Penyanyi Lelaki Mandarin Terbaik sebanyak dua kali.


Konsert ini adalah merupakan jelajah ke-63 yang dianjurkan di Malaysia. Ia berlangsung selama tiga jam dengan mempersembahkan sebanyak 30 buah lagu yang popular pada malam tersebut.


JJ Lin memberitahu bahawa peminat Malaysia memberi kemesraan kepadanya dan beliau mempunyai perasaan seperti pulang ke rumah kerana menganggap peminat sebagai ahli keluarganya.


Para peminat menyanyi serta melambai lightstick berwarna ungu bersama-sama sepanjang persembahan.


Chun Sin Yee, 23 berkata, “Saya meminati JJ Lin sejak berumur 13 tahun dan ini merupakan kali kedua saya menghadiri ke konsertnya. Apabila saya mendengar dia menyanyi secara langsung, saya terus berasa sangat gembira kerana lagunya sangat merdu dan konsertnya amat berbaloi untuk dihadiri.”


Chang Yu Ting, 22 pula berkata, “Saya tidak pernah menghadiri ke konsert JJ Lin sebelum ini kerana saya tidak dapat membeli tiketnya, namun kali ini saya berpeluang untuk menghadiri disebabkan kawan menolong untuk membelikannya”.


Tambah beliau lagi, “Saya berasa sangat tersentuh apabila beliau menyanyikan lagu yang saya sangat suka sebab saya tidak sangka dapat mendengarnya secara langsung.”


Alice Tan, 18, mengatakan bahawa beliau telah menunggu selama dua tahun untuk mengumpul wang membeli tiket konsert JJ Lin.


Beliau juga memberitahu bahawa beliau berasa sangat teruja kerana akhirnya dapat berjumpa dengan JJ Lin dan ahli keluarganya juga tidak membantahnya untuk menghadiri konsert tersebut.

33 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page