top of page
  • Writer's pictureKiranraj Perupathy

Meja Pecah Gara-gara Keterujaan Peminat Argentina

Penulis: Kiranraj Perupathy

Penyunting: Nurnabila Huda Subandry

Sumber Foto: Manikanda


BANGI, 18 Dis - Peminat pasukan Argentina teruja dengan kemenangan mereka dalam Piala Dunia FIFA Qatar 2022 lalu memecahkan meja dan mencampak kerusi untuk meraikannya.

Restoran Al Fariz Maju dibanjiri pelanggan dengan kehadiran hampir 300 orang pelanggan dan dilaporkan perniagaan mereka juga meruncing pada waktu puncak lewat malam.

Walaupun Restoran Al Fariz Maju sedang membuat wang ketika Piala Dunia FIFA Qatar 2022 memasuki peringkat terakhirnya dengan ramai yang melaporkan perniagaan yang meruncing pada waktu lewat, mereka juga menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.

Akan tetapi, keterujaan peminat bola sepak yang hadir ke restoran tersebut untuk menonton perlawanan akhir dan menyambut kemenangan pasukan Argentina berakhir dengan sadis apabila terdapat penonton yang mula memecahkan meja dan kerusi.


Menurut Manikandan, 23, pekerja Restoran Al Fariz Maju, mereka menghadapi pelbagai cabaran untuk mengendalikan orang ramai yang hadir.

“Kami menghadapi banyak cabaran apabila berhadapan dengan ramai pelanggan, kami kekurangan meja yang disusun di luar iaitu di hadapan skrin besar dan keadaan huru-hara,” katanya.

“Perkara yang paling menyusahkan adalah apabila perlawanan berlangsung, pelanggan mula menjerit lalu memukul meja dan mencampak kerusi. Kami faham mereka mahu meraikan kemenangan pasukan kegemaran mereka tetapi tindakan tersebut telah memecahkan beberapa meja dan kerusi restoran,” tambahnya.

Diveneshrao, 21, salah seorang penonton yang hadir ke Restoran Al Fariz Maju berkata mereka amat gembira dan teruja semasa setiap kali gol dijaringkan dan semasa pasukan Argentina menang tetapi tindakan penonton yang lain adalah tidak wajar.

“Saya sebagai peminat bola sepak, saya amat teruja dengan setiap gol yang dijaringkan dan berasa sangat gembira apabila pasukan Argentina memenangi Piala Dunia FIFA Qatar 2022 sehingga saya menjerit,” katanya.

“Tetapi saya nampak ada beberapa peminat yang lain memecahkan meja dan campak kerusi untuk meraikan kemenangan tersebut dan saya berasa ia tidak patut dilakukan kerana kerusi dan meja bukan murah dan mereka tidak mempunyai hak sama sekali untuk berbuat demikian,” tambahnya.

Muhammad Thaseer, 26, pekerja Restoran Al Fariz berkata mereka cuba menangani masalah yang mereka hadapi tetapi ada juga beberapa cabaran yang tidak dapat dihalang.


“Pada permulaan kami tidak cukup meja di luar untuk penonton dan kekurangan pekerja pada masa itu. Untuk mengatasinya kami mengeluarkan meja yang terdapat di dalam restoran ke luar dan telah memanggil beberapa pekerja lain untuk mengendalikan pesanan dan penonton,” katanya.

“Apa yang kami tidak dapat atasi adalah lebihan masa yang diambil untuk menyediakan makanan dan penonton pada awalnya duduk di satu meja beralih-alih ke meja lain dan ini telah menyebabkan pesanan yang salah telah dihantar ke meja yang berbeza,” tambahnya.

Pekerja Al Fariz Maju bekerja keras sepanjang perlawanan akhir berlangsung kerana penonton semakin bertambah dari 10 malam sehingga 2 pagi dan mereka terpaksa menggantikan meja dan kerusi yang rosak daripada keuntungan yang mereka dapat.

22 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page