top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Musim Hujan Jejas Peniaga di Pulau Pangkor

Updated: Dec 16, 2023

Penulis: Gwee Hui Ching

Penyunting: Choong Wei Hang


Sumber Foto: Gwee Hui Ching


LUMUT, 9 Dis - Cuaca hujan yang tidak menentu telah melanda Pulau Pangkor sejak kebelakangan ini telah menjejaskan aktiviti perniagaan tempatan tidak kira sama ada gerai makanan, premis perniagaan bebas cukai mahupun pemilik penginapan. 


Pulau Pangkor boleh dikenali sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia dan ia merupakan pulau ketiga terbesar yang terletak di negeri Perak, Malaysia di perairan Selat Melaka. 


Secara amnya, peniaga tempatan di Pulau Pangkor lebih tertumpu pada sektor industri tertentu seperti makanan, hotel dan pelancongan serta aktiviti laut seperti aktiviti snorkeling, berkayak, memancing dan sebagainya. 


Nadi Bangi sempat menemubual beberapa pemilik perniagaan terhadap isu tersebut. Seorang peniaga Chen, 64, yang mengendalikan Kedai Pangkor Laksa, berkata musim hujan yang berlaku kebelakangan ini tidak menjejaskan perniagaannya kerana majoriti pelanggannya adalah datang dari penduduk tempatan dan bukannya pelancong luar.


“Saya sudah buka kedai ni selama 30 tahun lebih dan saya boleh kata bahawa sini punya penduduk boleh dikira pelanggan utama bagi bisnes aku kerana mereka sudah makan pangkor laksa aku ni dari kecil sampai tua. 


“Ramai agensi penginapan sekarang akan mengesyorkan pelancong mereka datang makan di restoran-restoran yang ditetapkan kerana sesetengah tauke akan memberi komisen dengan berapa peratus kepada agensi itu. Tapi kedai saya takde kerana pelancong sendiri bebas pilih nak pergi mana makan,” katanya. 


Seorang pekerja yang ingin dikenali sebagai Fila, 27, yang bekerja di Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin menyatakan bahawa sebenarnya musim hujan tidak banyak menjejaskan peniaga tempatan. 


“Masih ramai pelancong yang akan bersinggah untuk beli produk hasil laut dan makanan laut kering walaupun cuaca hujan terutamanya sotong kering dan ikan bilis kering untuk bawa ke rumah atau menghadiahi kepada saudara dan kawan mereka. 


“Kedai kami ada jual banyak hasil laut kering yang boleh bagi pelanggan mencuba. Setiap hari saya kena potong sampling kecil-kecil dan seterusnya melayan pelanggan yang ramai,” ulasnya. 


Walaubagaimanapun terdapat juga sesetengah peniaga yang berpendapat bahawa perniagaan mereka terjejas akibat musim hujan. Seorang peniaga gerai minuman soya yang bernama Soon, 30, yang mengendalikan Mu Tong To Fu Hua berkata bahawa perniagaan dia terjejas kerana kebiasaanya tidak ramai pelanggan membeli minuman soya sejuk semasa cuaca hujan. 


“Majoriti pelanggan saya adalah penduduk tempatan, manakala pelancong luar tempat hanya ada 20 hingga 30% macam tu. 


“Saya jual minuman sejuk sahaja so bisnes saya pasti akan turun semasa cuaca hujan. Kira-kira hanya dapat jual 20 botol sehari berbanding dengan 60 botol sehari jika bukan musim hujan,” katanya. 


Musim hujan yang berterusan sejak kebelakangan ini juga telah menimbulkan kesusahan dan kebimbangan bagi sesetengah peniaga tempatan yang menjalankan kegiatan aktiviti perlautan dan industri hotel serta penginapan.


Seorang peniaga ikan Lukman Saifuddin, 53, yang menjual hasil lautan di pasar pagi Pulau Pangkor, berkata bahawa musim hujan ini telah menjejaskan perniagaannya dengan sangat teruk. 


“Sekarang masa hujan, kita tak boleh keluar untuk memancing ikan sesuka hati kerana adanya ombak besar dan angin yang kuat semasa musim hujan sangat bahaya bagi nelayan untuk keluar ke laut. 


“Bisnes saya pasti akan turun dan jejas waktu musim hujan bagi bulan November dan bulan Disember. Ini sudah kebiasaan bagi nelayan macam kita, kita pun tak boleh buat apa-apa pun. 


114 views12 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page