top of page

Netizen Kecam Jenayah Sihir Bomoh Muda

Oleh: Ercy Gracella A

Penyunting: Farhan Nasir


Sumber: Twitter @_AmranFans


PASIR MAS, 27 Jun - Netizen di laman sosial Twitter rata-rata terkejut serta mengecam tindakan seorang bomoh muda yang melakukan aktiviti terkutuk pemujaan serta sihir ke atas ramai pasangan dirumah kediamannya.


Pemuda berumur awal 20-an yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan tersebut dipercayai telah lama melakukan jenayah sihir ke atas ramai pasangan. Perkara itu terbukti melalui barangan dan alatan untuk menyihir serta banyak gambar-gambar mangsa ditemui oleh pihak polis dan bomba sewaktu menyerbu kawasan kediaman beliau.


Ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @_AmranFans berkenaan dengan isu ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Tinjauan wartawan Nadi Bangi mendapati bahawa ciapan ini telah mendapat lebih 25 ribu retweets dan 20 ribu likes oleh pengguna laman Twitter.


Ramai individu yang tidak menyangka umur pemuda yang dianggap masih muda ini sudah mampu melakukan aktiviti yang dianggap syirik dan dipandang hina dari sudut agama Islam.


“So creepy! Muda sgt ni… And nampak mcm ramai customer dia.. Rakyat Malaysia ni mmg suka pakai sihir ke?” - Twitter @misswowwa


“Ayo tngk ic islam tu yg malu kalau bukan islam lantak situlah sebab kita tak tau peraturan agama diorang but ni Islam terang lagi bersuluh perbuatan syirik. Baguslah tu nok VVIP tiket kau dpt kat neraka nanti, cepatlah bertaubat hari hari supaya Allah terima. Mati esk sakit nok”- Twitter @skyhype03


Terdapat juga individu yang mempunyai pengalaman di sihir membalas ciapan tersebut menerusi ruang komen. “I tengok tweet ni nak muntah sbb pernah kena sihir. Kena sihir ni sakit tau” - Twitter @amanmhamn .


“Sbg seorang yg pernah di sihir macam aku….pandang muka dia rasa nak pijak sgt….dia bomoh org dia dpat dlam lbih kurang rm200-rm1000 je org yg nk berubat keluar cost berpuluh ribu….sampai rasa nk baling duit kt muka bomoh tu amek balik jin ko hanat aku bole bayar ko lebih”- Twitter @pilofobhia


Rasa simpati dan terkilan dizahirkan oleh warga netizen terhadap individu-individu terutamanya pasangan yang menjadi mangsa sihir oleh bomoh yang berusia awal 20-an tersebut.


Ada juga pengguna Twitter yang memberi nasihat serta dorongan agar masyarakat khususnya pengguna laman media sosial supaya tidak mudah untuk berkongsi apa-apa maklumat yang berlebihan tentang diri mereka di media sosial dan orang yang tidak dikenali.


“Trauma betul baca sihir shir ni. One of the reasons why I stay low on social media since the past years. Salah satu benda yang I amalkan bertahun is reciting Al Mathurat every day to protect myself from things like this. Try not sharing too much to the public. You’ll never know” - Twitter @thekhayalan15

265 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page