top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

New Tune Music Workshop Gilap Bakat Pelajar UKM


Oleh: Wong Sze Wen

Penyunting: Dina Farhana Hussain

BANGI, 20 Okt - New Tune Music Workshop Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuka platform dengan mengadakan Malam Persembahan Lagu Ciptaan Bahasa Tiong Hua 2019 pada 9 Oktober yang lalu. Majlis ini dirasmikan oleh wakil Ketua Pusat Kebudayaan, Encik Roslan Abd Salam.


New Tune Music Workshop adalah merupakan sebuah kelab muzik di UKM. Kelab ini mengumpulkan para pelajar yang berminat dalam bermain alatan muzik, menggubah lagu dan menari.


Kelab ini menganjurkan Malam Persembahan Lagu Ciptaan Bahasa Tiong Hua 2019. Antara lagu yang dipersembahkan ialah lagu Bahasa Tiong Hua, lagu Bahasa Inggeris dan lagu Bahasa Hokkien menerusi persembahan secara live band.


Selain menyanyi, drama pendek turut dipersembahkan bagi memperkenalkan New Tune Music Workshop kepada mahasiswa.


Menurut ketua pengarah, Khoo Jian Hui, tahun 2 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, menyatakan bahawa majlis ini diadakan bagi memperkenalkan New Tune Music Workshop kepada mahasiswa-mahasiswa baharu.


“New Tune Music Workshop menyediakan pentas kepada pelajar yang berbakat dalam menggubah lagu serta mempersembahkan lagu mereka di pentas,” katanya.


Selain itu, Jian Hui juga turut berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.


Lim Zhi Ying, merupakan pelajar tahun satu yang mengambil bahagian dalam majlis ini dengan menjadi pengiring kepada tetamu kehormat. Ini merupakan penglibatan pertama bagi Zhi Ying sejak menjadi mahasiswa UKM.


“Menjadi pengiring bukanlah satu perkara yang mudah kerana ianya perlu berdiri tegak serta memaniskan muka atau sentiasa senyum sepanjang masa,” katanya.


Menurut bekas penyanyi kelab muzik ini, Hazira Hanum, “saya seronok dapat hadir pada malam ini kerana persembahan semuanya menarik walaupun saya tidak berapa faham dengan bahasa Mandarin.”


Sebagai penyanyi pada Malam Persembahan Lagu Ciptaan Bahasa Tiong Hua, Yuyu Chan, menyatakan bahawa dia telah mencipta banyak memori indah bersama ahli kumpulan. Selain itu, dia juga amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.


Selain itu, New Tune Music Workshop juga mengadakan Konsert Lagu Ciptaan Bahasa Tiong Hua melibatkan ramai peserta. Ianya diadakan pada bulan April atau Mei setiap tahun.

33 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page