top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

NGO Tawar Khidmat Sedekah Di Shopee

Oleh: Amirah Syazwani Shawel

Penyunting: Riennapreet Kaur


SUMBER: shopee.com.my/irmalaysia.os


BANGI, 5 Jun- Badan bukan kerajaan Islamic Relief Malaysia menawarkan khidmat sedekah di aplikasi Shopee untuk memudahkan urusan dan memberikan peluang kepada pengguna untuk melaksanakan amal jariah secara atas talian.


Perkembangan fungsi Shopee daripada aplikasi membeli belah kepada penjualan perkhidmatan seperti yang dilakukan oleh Islamic Relief Malaysia mengubah model bisnes aplikasi tersebut.


Islamic Relief Malaysia merupakan sebuah organisasi bantuan dan pembangunan kemanusiaan antarabangsa yang bergerak sebagai pelaksana projek dan pengumpul dana di peringkat nasional dan antarabangsa. Dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2005, penubuhan badan bebas ini berhasrat untuk mengurangkan kesan bencana dan menyediakan bantuan seperti perlindungan dan pemulihan. Selain itu, mereka juga menyokong kelompok individu yang terpinggir untuk menyuarakan keperluan mereka dan menangani punca kemiskinan.


Badan kebajikan ini mula menjadi pembekal perkhidmatan di aplikasi Shopee pada bulan Februari tahun lepas dan telah dinilai 5.0 bintang oleh sekurang-kurangnya 3,200 pengguna yang memanfaatkan perkhidmatan organisasi ini.


Lima kategori sumbangan yang ditawarkan di laman Shopee mereka ialah Kempen mySedekah, Kempen MyYateem #CareForOrphan, Kempen Ride For Humanity dan Local Emergency Relief dengan amaun yang berbeza-beza. Sebagai contoh MyYateem #CareForOrphan RM9, Ride For Humanity RM3 dan Local Emergency Relief RM5. Kategori yang memperoleh sumbangan terbanyak iaitu Kempen mySedekah RM5 telah menerima sekurang-kurangnya 2,400 pelanggan dengan penilaian 5.0 bintang oleh hampir 1,100 orang. Bagi kempen mySedekah, sebanyak RM 853,666.32 dana yang telah dikumpul setakat ini.


Jelas Islamic Relief Malaysia pada penerangan produk, “Kempen mySedekah menyasarkan dana sebanyak RM3 juta untuk memberikan bantuan dari segi makanan, kesihatan, pembangunan komuniti, kecemasan, air sanitasi dan kebersihan”


“Kempen ini akan berjalan sepanjang tahun untuk menyokong hubungan baik antara penderma dan penerima bantuan”


“Dengan sumbangan bernilai RM5, RM10, RM20, atau RM50, anda boleh membantu mereka yang memerlukan.”


Bagi memastikan perkhidmatan mereka telus, Islamic Relief Malaysia akan memberikan resit sumbangan kepada penyumbang yang menginginkan resit dengan menyertakan alamat emel untuk dihubungi.


Komen pengguna khidmat @ame6star “Semoga sumbangan yang tak seberapa ini dapat menolong serba sedikit. Terima kasih mengadakan platform ini.”


Pelanggan @fakiby juga menyatakan kesenangan beliau tentang kewujudan servis sedekah. Katanya, “Alhamdulillah ada cara senang nak sedekah pada tabung palestine.”


“Terima kasih untuk platform nya. Go go team IR. Semoga sentiasa semangat untuk mengagihkan sumbangan” tulis salah seorang pengguna servis Islamic Relief Malaysia di Shopee.


Antara kempen-kempen lain yang dilaksanakan oleh Islamic Relief Malaysia yang bukan ditawarkan di Shopee ialah Kempen Pembangunan Semula Palestin dan Dana Wakaf Sistem Air (DWAS). Setakat ini mereka telah menerima sebanyak RM 810,983.55 untuk Kempen Pembangunan Semula Palestin dan RM283,816.08 untuk DWAS.



84 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page