top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Niki & Haru Cipta Menu Unik Bersempena Mini Album Kelima Enhypen

Penulis: Nur Alni Fuzuwan

Penyunting: Ayu Maisarah Lutas Asril



Sumber foto: Nur Alni Fuzuwan


KUALA LUMPUR, 19 Dis: Gerai minuman, Niki & Haru, menciptakan menu unik bersempena kemunculan mini album kelima kumpulan penyanyi Korea Selatan, Enhypen, yang berjudul ‘Orange Blood’ pada 24 hingga 26 November yang lalu di Gempak Viral Festival,  Central Market. 


Konsep gerai Niki & Haru membawa inspirasi dari kafe Jepun dan Korea, dengan usaha untuk meletakkan elemen-elemen ini dengan selera tempatan dan menjelma sebagai destinasi pilihan pengunjung yang ingin merasai pengalaman minum yang berkualiti sambil merayakan dunia k-pop.


Dengan sambutan kemunculan album kumpulan tersebut, gerai tersebut telah menawarkan dua perisa air yang bertemakan konsep lagu baru kumpulan tersebut, iaitu Orange blood (Sparkling teh yuju dan jus strawberi) dan Sweet Venom (Belgian Dark Chocolate dengan jus oren).


 Pengasas gerai Niki & Haru, Afiq Naufal, berkata keputusan untuk berkolaborasi dengan K-pop adalah hasil daripada keinginannya untuk berkongsi hobinya iaitu meminati K-pop dengan peminat lain.


"Ini juga adalah peluang untuk berhubung dengan orang lain sambil mempromosikan Niki & Haru secara lebih meluas


"Kami ingin mencipta satu pengalaman minum yang menyatukan elemen budaya yang berbeza,” kata Afiq


Selain daripada dua menu minuman istimewa bagi menyambut kemunculan kelima kumpulan Enhypen, Niki & Haru juga menawarkan 26 jenis minuman lain. Strawberry Yakult dan Kopi Kata Hati merupakan minuman paling popular di kalangan pelanggan.


Acara kecil yang diadakan untuk peminat K-pop bertujuan untuk menarik perhatian mereka, namun, pengasas menegaskan bahawa pelanggan Niki & Haru terdiri dari pelbagai latar belakang dan usia. 


"Kami mengadakan acara ini untuk berhubung dengan peminat lain, memberikan kebahagiaan sambil memperkenalkan jenama dan minuman kepada pelanggan baru," katanya.


Aina, seorang pengunjung turut memberikan ulasan positif, mendedahkan bahawa kedatangannya ke gerai ini adalah semata-mata untuk menyertai acara Enhypen, dan beliau tidak melepaskan peluang untuk mencuba menu khas minuman istimewa untuk Enhypen yang Niki & Haru tawarkan.


Niki & Haru juga menerima tempahan khas untuk acara peribadi, membolehkan pelanggan menikmati minuman spesial dalam pelbagai majlis.


Niki & Haru berhasrat untuk membuka kedai fizikal, membolehkan pelanggan datang dan bersantai di tempat tersebut dan mereka juga berharap untuk terus memuaskan pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat, sama ada peminat K-pop atau bukan.

244 views5 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page