top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pelajar Fep Anjurkan Program Latihan Cuti Sekolah

Oleh: Kumutha Vallii Veloo

Penyunting: Rafidatul Aqilah Seri Lanang



Bangi, 7 Dec - Sebanyak 11 buah sekolah sekitar Semenanjung Malaysia telah menyertai Program Latihan Cuti Sekolah Modul ‘Bijak Matematik, Kewangan dan Teknologi’ yang dianjurkan oleh Pelajar Perakaunan tahun 3 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, baru-baru ini.


Program ini bertujuan untuk membantu pelajar sekolah menengah yang akan menghadapi peperiksaan utama seperti Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengukuhkan pemahaman mereka dalam mata pelajaran Matematik dan Ekonomi yang telah dipelajari di sekolah masing-masing.


Seramai 32 pelajar telah menyertai program yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 November dalam memperkasakan pembelajaran mereka terhadap mata pelajaran yang berkaitan dengan kemahiran pengiraan serta ilmu-ilmu yang berasaskan kemahiran lain.


Ketua Pengarah Program, Muhammad Najmi Amri Abdul Aziz, 21, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, mengatakan beliau tidak menjangkakan akan mendapat sokongan daripada pelajar sekolah dan ibu bapa mereka yang turut menyokong kami sepanjang program.


“Program ini juga mendapat respond yang positif daripada pelajar mahupun ibu bapa yang menganggap program ini sedikit sebanyak membantu dalam membuat penyediaan menjelang peperiksaan kelak,” tambah Najmi.


“Terima kasih, pelajar UKM yang sudi menganjurkan program ini kerana ia amat membantu anak-anak kami dari segi pembelajaran teknik-teknik kemahiran dan anak-anak kami mengatakan aktiviti ini amat seronok. Kami juga berharap modul sebegini diteruskan lagi pada masa hadapan,” kata salah seorang ibu yang menghadiri program ini.


Zaidah Farisya Zahari, 16, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, mengatakan beliau dapat mempelajari banyak teknik baru dalam pengiraan serta fesilitator telah mengajar benda-benda baru seperti cara mengedit poster dan sebagainya.


“Saya mendapat banyak input baru daripada setiap modul yang dianjurkan oleh mereka dan amat seronok bermain edurace yang berkonsepkan treasure hunt dan mempunyai nilai-nilai kemahiran,” tambahnya lagi.


Pelajar yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Pahang mengatakan bahawa menerusi program ini dia telah mendapat ilmu baru selain kemahiran mengira iaitu pendedahan terhadap penggunaan kanva untuk tujuan editing poster.


“Saya tidak pernah mengunakan aplikasi kanva sebelum ini dan menerusi salah satu modul kami mempelajari teknik yang mudah untuk mengedit poster dan saya berharap ilmu yang dikongsi oleh abang dan kakak ini membantu saya di masa hadapan,” tambahnya lagi


Yuvaraj Chantra Mohan, 21, fasilitator program, mengatakan kemahiran penggunaan microsoft terutamanya Microsoft excel amat penting untuk diketahui oleh pelajar kini kerana ia merupukan salah satu kemahiran yang menjadi peruntukkan utama dalam alam pekerjaan.


“Modul teknologi telah diadakan dalam program ini untuk tujuan membantu pelajar mempelajari cara menggunakan microsoft terutamanya microsoft excel dan menguasai kemahiran ini yang akan membantu mereka di masa hadapan,” tambahnya lagi.


Program ini turut mengadakan aktiviti zumba di awal program serta empat modul yang disediakan sepanjang program iaitu modul matematik, modul kewangan, modul teknologi serta bengkel motivasi.


Seramai 10 pelajar menerima hadiah best performer dan sijil penyertaan diberi kepada semua pelajar yang menghadiri program ini.

128 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page