top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pelajar Linguistik Anjurkan Pameran Dialektologi

Oleh: Fatin Nasuha Remle

Penyunting: Dina Farhana



Sumber: Sendirian Berhad

BANGI, 21 DIS – Pameran Dialektologi anjuran pelajar tahun akhir Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan buat julung kalinya di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik (PPBL).


Seramai 55 orang pelajar terlibat dalam pameran yang berlangsung selama dua hari itu yang bermula pada 12 Disember. Meskipun pameran ini kali pertama dianjurkan, sambutannya amat menggalakkan.


Dialektologi merupakan satu subjek yang mempelajari tentang asal usul, fungsi, budaya dan dialek sesebuaah masyarakat, pameran ini bukan sahaja menjadi projek tahun akhir buat pelajar Linguistik sekaligus menjadi satu titik permulaan untuk memperkenalkan kepada masyarakat luar.


Menurut Dr Mohammed Azlan Mis, penasihat program Pameran Dialektologi menyatakan bahawa para pelajar telah melalui beberapa proses penilaian dan penghasilan bahan pameran seperti poster, hiasan dan sebagainya sebelum dipamerkan kepada orang ramai.


“Sebenarnya kita mahu membantu pelajar dengan mempersembahkan hasil kajian mereka kepada orang luar agar masyarakat tahu apa itu dialektologi dan kaitannya dalam kehidupan seharian” tambah beliau.


Dr Mohammed Azlan Mis turut menyatakan harapan beliau agar masyarakat tidak memandang dialek sebagai satu perkara yang remeh kerana dialek mempunyai peranan tersendiri dalam kehidupan masyarakat dan merupakan sebahagian daripada budaya nenek moyang yang perlu di pertahankan.


Menurut Nurul Afiqah Mohamad, ketua projek Pameran Dialektologi ini berkata “pameran ini merupakan salah satu keperluan subjek Dialektologi dan idea penganjuran pameran ini dilaksanakan bagi menghargai usaha pelajar yang mendalami bidang dialektologi.


“Segala persiapan dilakukan sepenuhnya oleh pelajar dimana pengeluaran modal, persiapan tempat pameran dan pembuatan poster dijayakan oleh mereka sendiri,” tambahnya lagi.


Pameran yang mempamerkan sebanyak 16 poster ini mengandungi dialek seperti fungsi. Pameran ini turut dimeriahkan dengan aktiviti permainan tradisional seperti congkak, batu seremban atau serembat, ceper dan dam haji.

108 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page