top of page
  • Writer's pictureMuhammad Akmal Arfan Roslan

Pertama Di KKM "Cinema With Sejaka" Pamer Tayangan Filem Berkonsep Lima Genre

Penulis: Muhammad Akmal Arfan Roslan

Penyuntingan: Kuvineshwaren Nedunjelian

Sumber Foto: Nadi Bangi


BANGI, 17 Jan - Lima genre filem yang berbeza telah ditayangkan buat pertama kali dalam 'Cinema with Sejaka' anjuran Seketariat Jaringan Korporat Dan Alumni Kolej Keris Mas (SEJAKA).


“Kami menayangkan lima genre filem yang berbeza mengikut kepada hari tayangan genre supaya pelajar boleh memilih genre filem mana yang mereka mahukan dan datang pada hari tayangan filem genre tersebut,” kata Ketua Pengarah Sejaka, Idham Ahmad.


Lima genre filem yang bakal ditayangkan oleh Sejaka adalah filem bergenre Seram, Komedi, Percintaan, Thriller, dan Muzikal.


“Kami mendapat sambutan hampir 200 orang pelajar yang ingin menonton tayangan filem dan ini merupakan suatu perkara yang tidak dijangka kerana lebih daripada apa yang disasarkan iaitu 100 orang pelajar sahaja,” tambah Idham.


Selain itu, pihak Sejaka juga turut menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk memberikan keselesaan kepada penonton pada waktu sebelum dan semasa tayangan filem sedang ditayangkan.


“kami akan memberikan minuman percuma kepada setiap pelajar yang membeli tiket filem dan mereka boleh mengisi semula air tersebut secara percuma serta mereka hanya perlu menambah RM 2 sahaja untuk popcorn sekiranya mereka mahukan,” kata Idham.


“Perkhidmatan yang ditawarkan berbaloi dengan harga yang ditetapkan dan secara keseluruhannya memuaskan kerana tempat tayangan dipasangkan penghawa dingin serta dari segi visual serta sistem bunyi adalah bagus,” kata Hazran Hadi, 20, yang merupakan pelajar tahun 1 jurusan Sejarah yang telah menyertai tayangan filem tersebut.


Hazran juga menyatakan bahawa dia berpuas hati terhadap filem-filem yang ditayangkan kerana filem-filem ditayangkan mempunyai penilaian yang tinggi di laman web The Internet Movie Database (IMDb).


“Cinema With Sejaka ini menyeronokan kerana pilihan filem yang ditayangkan pada setiap genre adalah menarik dan terhibur serta tempat yang disediakan juga selesa dan luas,” kata Aqilah Sofiyyah, 21, merupakan pelajar tahun 2 jurusan Pentadbiran Perniagaan yang telah menyertai tayangan filem tersebut.


“Pelajar boleh merasakan pengalaman menonton wayang yang hampir sama seperti di luar UKM tetapi dengan harga yang jauh lebih murah serta perkhidmatan yang baik,” tambah Aqilah.


“Saya rasa sangat selesa menonton tayangan filem ini kerana mereka menyediakan bean bag, karpet dan kerusi untuk memberikan keselesaan serta pengalaman yang menarik kepada penonton,” kata Atif Aiman, 21, merupakan pelajar tahun 2 jurusan Kerja Sosial yang telah menyertai tayangan filem tersebut.


Cinema With Sejaka berlangsung bermula 16 Januari sehingga 20 Januari pada pukul 8:30 malam.


Idham turut berkata bahawa pihaknya akan mempertimbangkan untuk mengadakan Cinema With Sejaka series 2 kerana menerima sambutan dan permintaan yang tinggi daripada pelajar.


137 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page