top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Petisyen SPM dikecam hebat oleh warga Twitter.

Oleh: Shafiq Muslim

Penyunting: Nazrin Zulkafli


Sumber: charge.org

BANGI, 7 Dis - Satu gambar petisyen yang bertajuk ‘50 marks for A+ Sejarah SPM 2019’ tular di laman media sosial Twitter dan telah mendapat kecaman serta kritikan hebat daripada orang awam pada minggu lepas.


Petisyen ini adalah bertujuan untuk mendesak pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk markah A+ bagi subjek Sejarah sebanyak 50 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 kali ini.


Pada dua minggu lalu, petisyen sama melibatkan subjek Matematik Tambahan turut dibuat sehingga menarik perhatian pengguna media sosial ketika itu.


Rata-rata pengguna Twitter telah meninggalkan komen negatif dan tidak bersetuju dengan petisyen yang dikemukakan oleh individu yang tidak diketahui identiti sebenarnya.


“Itulah malas baca buku, buat latihan dan kerja rumah asik nak pamer di media sosial 24 jam tapi sebenarnya tak buat pun lepas tu nak 50 markah untuk A, manja betul, bila nak tunjukkan potensi diri? Kalau macam ni, nanti usaha pun mula kurang lepas tu jadi malas.” Kata pengguna Twitter @Aleaavendaa.


Manakala, pemilik Twitter @Afiqidham_02 berkata, “Siapa punya kerjalah ni, kalau subjek matematik tambahan tu boleh terima lagi, ni sejarah kau nak minta markah 50 dah dapat A+. Selama ni sia-sialah aku belajar, baca dam hafal tu semua nak bagi dapat A dalam sejarah. Susah payah aku usaha.”


“Nak kata susah setiap tahun soalan susah dan mesti ada soalan yang tak dijangka buat semua pelajar bingung tapi setakat 50 markah untuk 3 kertas dan dapat A+ itu memang melampau. Aku batch 2018 pun agak yakin target sejarah paling kurang A- tetapi dapat B+ lagilah sakit hati.” Kata @Aishah_0511 di laman Twitternya.


Menurut pemilik Twitter yang bernama @jiaibrahim berkata pula, “Aku dahulu sampai lenguh tangan menulis sejarah kertas 3, perah otak jawab kertas 2 dengan penuh teori tapi kau dengan mudah buat petisyen nak 50 markah untuk A+ sejarah? Pelajar yang berusaha tak akan mudah untuk merayu bagi benda tak masuk akal macam ni, umur dah 17 tahun, fikirlah dengan bijak!”


Gambar petisyen yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @thisissunge ini telah mendapat sebanyak 956 komen, 14.1 ribu ulang kicau dan 10.6 ribu tanda suka.


Terkini, setakat hari Sabtu petisyen ini telah ditandatangani hampir 15 ribu orang, berbanding 11 ribu orang pada awal permulaan tularnya gambar petisyen tersebut.

48 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page