top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Physiology Fun Run Kini Kembali!

Oleh: Dina Farhana Hussain

Penyunting: Muhammad Sahrul Fahiz Mat Ariff


Sumber: facebook UKM

BANGI, 7 Dis – Sebuah acara larian anjuran Kelab Fisiologi (Jabatan Fisiologi) Universiti Kebangsaan Malaysia akan diadakan pada 29 Febuari 2020 bertempat di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur bermula jam 6.30 pagi.


Acara larian "Physiology Fun Run 2.0" diadakan bertujuan untuk memupuk aktiviti-aktiviti yang sihat dalam kalangan ahli kelab itu sendiri dan juga masyarakat luar.


Menurut Pengarah Program "Physiology Fun Run 2.0", Dr Helmi berkata “ini merupakan salah satu cara untuk hidup sihat dengan mengamalkan aktiviti sihat iaitu menyertai aktiviti seperti "Physiology Fun Run 2.0".”


"Physiology Fun Run 2.0" merupakan kali kedua diadakan dimana sebelum ini diadakan pada tahun 2016 dan bertempat di Bukit Jalil.


Pemganjuran kali ini memilih Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur sebagai tempat acara larian diadakan kerana ia merupakan antara taman yang mempunyai landskap menarik di Kuala Lumpur.

Menurut beliau lagi, sasaran peserta untuk "Physiology Fun Run 2.0" adalah sekitar 1,000 orang dan acara ini terbuka kepada warga UKM, pelajar serta orang luar.


Keistimewaan penganjuran kali ini ialah ia bakal diadakan di taman landskapnya yang cantik.Juga turut dimeriahkan dengan sesi zumba untuk peserta dan rekaan medal yang berbentuk sel yang merupakam unit asas bagi setiap organisma.


Bertemakan My Run, My Speed, My Way untuk "Physiology Fun Run 2.0" ini orang ramai dijemput hadir untuk menyertai larian ini, sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi 03-9145 8614/8604.

15 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page